Alhamdulillah.... kan bagus kalau duit atas tu ada dekat Tok sekarang... Boleh la Tok Beli AUDI sport 2 pintu idaman Tok huhu....
Syukur ke hadrat Allah swt... Tok dulu belajar tak pernah jumpa dengan Guru yang Lokek atau kedekut ILMUnya.... kerana semua ILMU itu ialah HAK Milik Allah.... Walau HAK MILIK Allah..ianya tetap terpelihara dengan caranya tersendiri dan boleh pula Hamba HambaNYA macam kita ini memiliki secebis ilmu HAK Allah..kerana dia yang MAHA Berkuasa, MAHA Kaya, Maha Agung Dan DIA Lah MAHA Mengasihani....
Apatah laghi kita ini yang cuma ...HAMBA sahaja... ada ka patut kita nak lokek ilmu....
Hang tak boleh.... hang tak boleh bawak ilmu ni..hang tak layak...... uish... tau pulak dia yang orang tu tak layak bawa Ilmu Allah sedangkan kita disuruh menyebarkan segala ilmu yang Lahirnya dari manusia namun Di beri kelulusan oleh DIA... tak lahir pun...dapat ilham melalui kajian Al-Quran .. dari situ Allah memberikan ilham kepada sang pengkaji untuk mengetahui akan rahasianya Ilmu atau kalimah Kalimah tersebut...
Kalau di sini ada yang bukan islam..boleh membaca.... baca sajalah tapi bukan dengan keizinan sanat keilmuan..
Apa sanat keilmuan:
Sanat ialah Hubungan / Tali Hubungan dari Yang dapat ilham sehingga kita sekarang... dari yang mula mula mendapat Ilmu ini kemudian diturun turunkan sehingga kepada kita sekarang melalui disiplin yang cukup tinggi dan keyakinan yang mendalam.
Tapi........kalau belajar sesuatu ilmu tidak mengikut akan sanat sanatnya... kompom tak dapat punya sebab tak ada KUNCI.... namun... kadang kadang ada yang mempunyai KUNCInya sendiri atau memang dia ada MASTER KEY bagi kesemua ilmu ilmu ini..siapakah dia..ya... YANG TERPILIH la jawabnya..wallahualam
Masa Tok belajar ilmu tarik batu permata dan TARIK DUIT...tarik duit?... ada 1 pesan guru...
Ilmu ini kalau boleh sebarkan kepada semua umat islam agar beroleh manfaat melaluinya....
Tok nak reveal tok pun fikir jugak banyak kali...nak reveal ke tak ..nak reveal ke tak?... kalau tak nak reveal ..apa alasan tok... kedekut ilmu?..(tidak ). takut kena tangkap?..( ni bukan ilmu hitam ), Takut disalah guna ?...( ni bukan ilmu boleh buat susah orang )....
Tok tak ada alasan yang kukuh untuk terus menjadikannya sebagai rahsia ..( pastinya untuk kepentingan peribadi )....
Pulak dah.... aku ni apehal..bebel je,.hehe kasik suspen....
Insyallah Dengan amanat Guru Tok... Bermulanya dengan Bismillah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengaseh Lagi Maha Penyayang.
TARIK BATU
- Carikan tempat yang tenang... sebenarnya ..cari tempat yang anda yakin ada orang bunian...
- Tetapkan hati bahawa anda melakukan zikir / ilmu ini bukan kerana ganjaran / berkawan dengan bunian / malah untuk berdamping dengan mereka.... namun tetapkan hati bahawa apa yang ingin anda lakukan ialah " KERANA ALLAH SWT " ( ingat jika niat terpesong , bak kata pak kiyai indon..percuma sahaja )
- Puasa mutih dari daging, ayam, telor ( berdarah ), makannya cuma Nasi puteh sekepal dan air tawar segelas ( buka / tutup ) @ Puasa nasi..cuma makan buah buahan dan sayuran selama 21 hari ( permulaan )
- Setelah tamat berpuasa hendaklah ke lokasi yang dikenal pasti... sediakan setanggi ( utk ketenangan sahaja, bukan menyeru setan ), sebab kalau tenang perasaan gementar akan berkurangan.
BACAAN
1. Ayatul kursi dan di pagar 4 penjuru mohon dilindungi dari gangguan syaitan dan jin
2. Al-fatehah 7x untuk diri sendiri
3. Al-fatehah Hadiah kepada ( Kanjeng Nabi Muhammad saw, Sahabat 4, Malaikat 4, S.K.A.Jailani , Para leluhur kewalian 9, Para leluhur Guru, Kaum kerabat, Diri sendiri......
4. AYAT KUNCI ( Tanya tok dulu )
5. Niat
6. Mulakan zikir:
" Ya Allah, Ya Qayu Ya Qayum , Ya Adzhim, Ya rabbol A'lamin "
Dalam perguruan kami memanggilnya sebagai Doa Makbol
7. Zikir sehingga 3000x
Dilakukan selama 3 malam ( 9.00 - 11.00pm ) di tempat tersebut secara berseorangan.... Ingat.. Jangan mudah melatah sebab akan ada banyak hantu setan akan datang kerana wiridan anda ini, namun tidak boleh dekat kerana pagaran tadi.
Selepas sempurna 3 Malam berturut turut... malam terakhir anda akan diberikan 1 kunci berupa barang aneh seperti Batu permata sebiji @ daun emas @ Rambut @ keris @ barang antik...mengikut tahap wirid anda dan mengikut kelulusan jenis apakah yang diberikan.
Selepas tamat 3 malam berkenaan , anda boleh ke tempat itu pada bila bila masa ( hari ) sahaja yang anda suka dari jam 4.30pm - isya' ) maghrib di sana. Kunci boleh di bawa atau tidak di bawa..sama sahaja.. cuma ..kunci tidak boleh dijual.
Dalam melakukan Hal ini...anda dilarang:
- terpesona dengan keseksian dan keayuan Makhluk halus
- Melarikan diri
- Merepek di tempat pertapaan
- Makan benda bergaram, bercili dan minum minuman perasa / pewarna
- Jangan tunjuk anda takut jika ada hantu datang ..walau sebenar jantung dah macam nak pecah .... usir dengan cara lembut, jika sukar..boleh di herdik... boleh juga menggunakan 1 jenis ilmu penggerun melalui pernafasan ( kena belajar dulu ).... hantu tengok muka kita pun dia lari sebab bila buat ilmu tu...muka kita mengalahkan bapak hantu.... hehe..berguna menggentarkan lawan..
- Buang Najis... kawasan pertapaan perlu bersih sekitar 300meter.
PETANDA PETANDA REZEKI
- Hujan Renyai - Dapat sikit
- Hujan Lebat - Dapat banyak la dr sikit tu
- Ribut - Banyak sungguh sungguh sampai bertong tong.....
AMARAN
- Jika masa melakukan wiridan, tiada petanda petanda di atas...kemudian habis wiridan baru datang ribut... jangan tunggu..cepat cepat pulang... merbahaya...
ILMU TARIK DUIT.........
- Sama dengan Tarik batu, cuma tertibnya ada lain sikit..lebih santai dan rileks....
Tapi.....
lain hari lah
Tok Ajarkan ya..... Pelan pelan.... Ni bukan Ilmu HAK sesiapa...Tapi HAK Allah....
kalau nak amalkan..silakan... Tok akur dengan amanat guru,sekarang canggih boleh ajarkan dalam Internet.... namun bukan semua ilmu boleh diajarkan jarak jauh... ada banyak ilmu kena ikut syarat syarat disiplinnya......
Paling penting.......... Jangan percaya melebih lebih selain Mempercayai Allah swt....
Yang Bukan ISLAM pada masa sekarang, kalau mahu ... Islam la dulu.... baru boleh....