SAHABAT

Thursday, July 26, 2012

DETIK MULA DAN AKHIR............

TOK MAT LIFE & SECRET



12 Tahun yang lepas...........


Shyeeeeettttttt.............. Oi...bangun , Apa ni, dah pukul 9 pagi dah niii... Ayam pun dah berjalan jalan daaaaah.... Bangun, bangun..... Sapa Tokwan aku yang sedang senyum melihat aku masih berselimut....

Aku bangun, mandi dan sarapan ....sedap betul maktok aku masak walau bihun kering heheheh... maktok, ishan tak mai ka ( sepupu aku ), " dak lagi, sat g mai la tu, dia pagi pagi selalu mai hantaq lauk "...erm.... elok la tu, cek nak keluaq sat ngan tokwan..... Maktok segera melihat aku... " nak p mana?..", heheheh... nak p kangaq sat..tokwan ajak...haaa...tu nak p cari rokok la tu, tokwan hang apa yang loghat sangat tah, berapa kali aku pesan jangan isap rokok, nanti sakit jantung kata maktok aku......... isk.. jangan dok syirik sangat aih orang tua ni, ada pulak isap rokok boleh kena sakit jantung.... sakit tu kan Allah yang bagi...sapa tokwan aku muka serius tapi nakal.... hahaha... aku ketawa dalam hati saja la...

Sampai ke kangar, bagai di kata lah, tokwan suruh aku belikan dia rokok dunhill sekotak, sambil menyalakan sebatang rokok, baki selebihnya dia bagi kat kawan dia pak mail, sambil bual bual, entah aku rasa dia bual pun sebab nak hisap rokok... yup..memang tak meleset jangkaanku, sebab habis saja tokwan hisap rokok dia terus ajak aku balik rumah ...... kemudian kami terus ke pasar cari ikan dan sayuran untuk makanan pada hari tersebut......

Itulah rutin hari hari aku dan tokwan serta maktok sehinggalah aku sambung belajar di Perak.. Pada suatu hari, ayah menelefon agar aku segera pulang ke Perlis sebab tokwan sedang gering di hospital....... ternganga sekejap mendengar berita tersebut, segera aku pack barang aku seringkasnya sambil mata berlinangan, lect tanya pun aku buat pekak, biarlah dia sendiri faham apa yang buat aku kalut sangat nak balik pada hari tu, dengan duit dalam poket ada Rm 20, aku bergegas naik bas dari titi gantong ke ipoh... terus berjalan kaki melintas jalan menuju ke stesen keretapi.... alhamdulillah dapat juga tempat duduk walau kelas 3..... Lama jugak lah naik keretapi ni nak sampai Perlis nu, aku cuma berharap 1 sahaja.. biarlah aku sempat walau hanya beberapa minit bertemu dengan tokwan... sepanjang dalam keretapi, aku sebak, teringatkan kata kata tokwan dan beberapa ilmu kunci yang beliau ajarkan kepada aku semasa aku menjaganya dulu.... salah 1 pesanannya yang aku ingat sampai ke hari ini... Buat baik dengan orang, hormat orang, baru orang hormat kita, ilmu yang ada pergunakan di jalan yang baik dan wajar... dan bermacam macam lagi pesanan tokwan...

Keretapi sampai jam 11 pagi, lama benar perjalanan sekitar 11 jam juga...bila la Malaysia ni nak ada keretapi peluru macam jepun... ni dok pakai keretapi zaman jepun lagi... Aku bergegas keluar dan kelihatan muka ayah aku yang ada di kawasan parking agak cemas.... cepat la sikit jalan tu,... eiiii lembut sungguh hang ni..... apa yang lembut entah la, aku berjalan dah gagah macam pahlawan dah haa....terus kami ke hospital kangar...

Aku bergegas masuk ke wad tempat tokwan ditempatkan, aku lihat maktok takda, mungkin rehat sebab menjaga tokwan semalaman, mama aku ada kat sebelah tokwan..... membisikkan kalimah syahadah... mataku terus dibanjiri air mata yang tidak henti henti, mama cakap... tokwan semalaman dok sebut nama aku dan nama ishan.... Ya Allah... lagi lah banjir mata aku ni.... aku pegang tangan tokwan yang sejuk dan kering.... wan..cek dah balik dah.. wan.... kedengaran nafas tokwan perlahan namun berombak di dada... masa tu aku sudah mempunyai beberapa ilmu yang sempat tokwan ajarkan, antaranya Keluar roh dr jasad ( Terawangan ) dan Ilmu Jati Ruh... aku gunakan ilmu Jati Ruh untuk cuba mendengar apa yang cuba di sampaikan jika ada nya pesanan dari tokwan... Terdengar bisikan suara tokwan " Ingat pesan tokwan, Jaga rukun, Solat jangan tinggal, Jaga maktok hang "......Dalam lubuk Jiwa yang mendalam aku menjawab " Insyallah wan, insyallah ".... 

Jam 4 pagi, ayah menelefon bahawa tokwan sudah kembali ke rahmatullah... aku gelabah, nak p hospital macam mana, nak naik motor, lampu rosak, kereta ayah bawak.... ayah pesan, esok pagi hang naik dengan abah mai sini, abah p ambik kat rumah, seingat akulah....

Abah menangis sambil bawa kereta, mama cuba mententeramkan, manakan tidak..bawak 120km/j dalam keadaan menangis, bawak anak anak... aku pula diam membisu....sesampainya kami, penuh orang di kawasan perkarangan rumah....

Mak aku dan mak sedara lainnya sibuk membaca Yassin, semua sepupu dah sampai, sepupu paling jauh tinggal di kuala selangor pun dah sampai... Aku menatap wajah arwah tokwan yang seolah aku lihat sedang tersenyum, Ya arwah seorang yang tak pernah tinggal solat jemaah di masjid 5 waktu sehari, walau pernah kena langgar kereta 2x semasa keluar dari masjid Batu 5  mengarah ke Kuala Perlis itu, beliau tetap nekad melakukan solat jemaah di masjid. Semasa mengangkat jenazah tokwan untuk dimandikan.... Ya Allah.. sungguh...ringan macam kapas, tak rasa berat sikit pun, macam boleh angkat 1 tangan saja, yang angkat pun bukan ramai sangat.

Alhamdulillah, segala galanya sudah selamat di sempurnakan, sepupu aku dari kuala selangor lulusan sekolah arab ku lihat sebak dan menangis membaca diari terakhir arwah, di kulit diari paling belakang, allahyarham tokwan menulis jawi " Hidup di dunia bukan selama lamanya", Bertarikh 3 hari sebelum tokwan meninggal dunia. Aku sebak.... 

Dalam masa 7 hari arwah meninggalkan kami dan semua orang, rahsia demi rahsia terbuka, rupa rupanya arwah tokwan ialah seorang Tok ayah /// yang mempunyai ramai anak buah, anak anak dia sendiri yang /// pun tak tahu yang ayah depa seorang tok ayah, betapa.... betapa rahsia itu terjaga dengan rapi, banyak juga rahsia rahsia lain yang diketahui , yang tinggal cuma 1 rahsia yang arwah pesan pada aku dan tiada sesiapa yang tahu....

Selepas beberapa hari ayah mengajak aku tabur kulit siput sungai berembang kat kubur tokwan, masa tu musim tengkujuh, air sawah sebelah penuh, tanah perkuburan pula lembab, semasa ayah aku sibuk sibuk menabur kulit siput, aku dapat lihat ada air bergenang bersama minyak, kelihatan semacam minyak dari tanah kubur tokwan, tanpa fikir panjang, entah mengapa tangan aku gatai sangat... hati pun membuak buak nak mengambil segenggam tanah berminyak tersebut.... aku ambil dan simpan dalam plastik..ayah pula ku lihat sibuk meratakan kulit siput.... 

Sesampainya ke rumah, bekas tanah tadi aku letakkan atas almari, kemudian terus aku lupa di mana ghoibnya kepulan tanah tersebut, selang 3 hari selepas itu, aku bermimpi di datangi tokwan, ku lihat tokwan berbaju jubah lengkap, ada selempang di bahunya, " jom shyet, kita p solat kat masjid" , aku lihat suasana nya tenang sekali walau kelihatan sesekali ada kenderaan lalu lalang, kami berjalan kaki menuju ke masjid, aku berkata " tok, kita tumpang ja la motor kereta yang dok lalu ni ", tokwan tersenyum " Jalan kaki pahala lagi banyak, tiap langkah dapat pahala ", aku diam.... sesampainya ke masjid, nak ambil wudhuk, tak da air paip, tokwan cakap ambil wudhuk dalam tempayan, air hujan suci ".... setakat tu saja mimpi aku... terus aku terjaga dan menangis... memang...pada ketika itu...aku lalai dalam mengerjakan solat.....

Selepas beberapa lama, aku mulai di datangi beberapa tua berjubah dan beserban.............

Di situlah bermulanya cerita Tok Mat Sebagai Seorang supernatural....hehe......

Sehingga ke hari ini, sudah beberapa tahun, aku sentiasa dikunjungi 3 orang berjubah dan beserban mengajarkan aku ilmu ilmu haq, ilmu kebatinan dan persilatan...bayangkan , jika aku memegang senjata baru, dari tak pandai main , aku boleh memainkan senjata berkenaan dalam masa kurang dari 3 jam dengan diajarkan oleh seorang dari mereka.....

Sehingga ke zaman sekarang.... baru kedengaran ilmu pukulan angin, terawangan @ meraga sukma, bercakap dengan alam ghoib, berkawan dengan bunian, ilmu aji tapak geni, batin tu dan batin ni dalam perguruan perguruan dan internet masa sekarang.... benda ni kecoh dan menjadi kejaran pengamal mistik bermula beberapa tahun lepas, sementara aku kejap terkejut dan kejap senyum, sebab terkejut, ilmu yang diajarkan kepada aku baru sekarang di war warkan, dan aku senyum sebab tengok orang sibuk sibuk bayar 2000-3000 nak ambik kitab ilmu ni semua,sementara benda tu dah ada tersemat baik di dada aku sejak sekian lama.... namun bukan aku riak..tidak..cuma aku kesal... zaman sekarang...ilmu dijual beli...gila.... sungguh sungguh gila.... manusia sekarang..pelahap duit.pelahap pengaruh.... dahagakan kuasa dan pangkat... memang gila..aku cukup benci dan menjadi semakin benci.....

Dari perjalanan guru ghoib, aku cuba mencari guru nyata yang boleh dapat membimbing aku , agar ilmu yang ku bawa tidak menjadi salah akidah... 3 Berjubah juga memesan kepadaku " kami cuma mengajarkan, yang manyatakan ialah guru sesama bangsamu dan yang menzahirkan ilmu itu ialah kamu sendiri wahai Yasir".

Di dalam pencarian mencari guru yang haq, hidupku penuh duka cita, penuh ranjau dan duri.... tiada kawan, tiada sahabat, semua yang ada cuma yang hendak mengambil kesempatan di atas kebolehan yang ku ada... merata merantau meninggalkan negeri kelahiranku jauh... 

Tinggal jauh mencari Diri dan mencari Allah....rupa rupanya ada hampir dengan diriku.............

Assalamualaikum wbt.... assalamualaikum wbt.... assalamualaikum wbt.... ...ku dengar sudah 3x panggilan salam suara yang amat merdu, ayu dan mengasyikkan di hadapanku.... Waalaikum salam warah matullah .... perlahan lahan, kelopak mataku ku buka... uisk... kenapa susah sangat mahu terbuka.... bila sudah terbuka.... kelam dan samar samar... ya sudah 40 hari aku memejamkan mata , mana tak sukar membukanya kembali, haha..baru 40 hari..bukan 40 tahun, kalau 40 tahun aku ingat kelopak ni dah bercantum la kot...

Perlahan lahan ku buka, sedang nak buka tu... baru aku teringat, aku dalam hutan, atas bukit...pompuan mana pulak bagi salam... meremang juga ... tapi aku bukakan juga, di dalam cahaya bulan yang terang, aku lihat sesosok tubuh perempuan berpakaian kebaya putih, selendang putih nipis di atas sanggulnya, Di dahinya ada semacam mahkota yang mak andam pakai kan kat penganti perempuan, matanya bulat besar, hidungnya halus, bibirnya kecil menguntum senyum, mulut aku tiba tiba gatal bersuara " siapa kah gerangannya tuan hamba, dan bagaimana tuan hamba boleh berada di sini ", eh eh... sungguh, aku menutup mulut ku sendiri...macam mana aku boleh bercakap macam orang zaman melayu melaka nu...pelik.... " perempuan itu tersenyum dan berkata " insyallah , mari ikut saya, ada orang mahu berjumpa ", macam lembu di cucuk hidung, aku mengikut perempuan misteri itu ke arah yang dimaksudkan.

Tunggggggg, Tungggggggg, Tunggggggggggg.......... Kedengaran bunyi gong dipalukan, "kedatangan Puteri Purnama bulan ( bukan nama sebenar ) masuk mengadap ". Uish... besarnya istana...cantik sungguh, dikelilingi rumput hijau yang lembut, suasana tak dingin tak juga panas, di bawah bukit aku lihat , deretan rumah rumah kampung, sungguh..demi Allah...aku terpana... ni apesal tiba tiba jadi siang ni..... 

Perempuan yang digelar Puteri ini tadi mengajak ku masuk ke dalam dan mengikut tiap langkahnya mengadap sembah.... aku dan puteri masuk , belok kanan terus jauh sana nampak ada seseorang di atas singgahsana, lantainya diperbuat dari batu coklat, dan dihamparkan permaidani Merah, kiri dan kanan ada berpuluh orang duduk memerhatikan kami, aku di belakang puteri kaku dan melihat dulu apa yang bakal dilakukan seterusnya.... 

Puteri melangkah kaki kanan 3 langkah ke hadapan dan duduk mengadap sembah, kemudian bangun, kaki kanan lagi , 3 langkah dan angkat sembah, bangun...kaki kanan lagi dan 3 langkah mengangkat sembah..dah...sampai dah puteri berdekatan orang atas singgahsana... aku yang kekok dan kaku, mengikuti saja pergerakan tadi perlahan lahan dan berhati hati, takut nanti salah orang kata kita takda adab pulak....

Sesampainya di kaki singgahsana, Ku lihat orang di atas singgahsana memakai baju kuning, bertanjak tinggi , tak ubah seperti sultan sultan kita, mukanya berjambang hitam namun tersenyum memandangku.... lalu ku dengar " anakanda, masuk ke dalam ya "... aku lihat puteri tersebut masih mengangkat sembah sambil berlalu ke satu pintu di belakang singgahsana..... lalu bermulalah dialog pertama aku dengan sang sultan.

" Siapa namamu ", Apa asalmu, Apa tujuanmu tinggal di bukit seorang diri ", aku menjawab dengan teratur sambil mata memandang ke bawah, takut untuk bertentang mata.... sungguh..aku takut... kemudian sang sultan memperkenalkan dirinya sebagai " Sultan Muhammad *^*^(*&*&& ) , pemerintah kerajaan %^%^$%^ di kawasan tersebut, mereka berbangsa bunian, berdarah manusia dari kalangan keturunan Bugis Kesultanan bugis Riau, dari kalangan ulama ulama, kemudian ku dengar Sultan mengucapkan 2 kalimah syahadah diiringi gema sahutan para pembesar lain lain yang ada di kiri kanan jalan masuk tadi.... Masyallah...Masyallah...Masyallah..... tiba tiba pula suara ku mengucapkan kalimah tersebut dan aku menangis kegembiraan.... Ya Allah... Besar sungguh KebesaranMU Ya Allah, Engkau maha Kaya menciptakan pelbagai makhluk di segenap penjuru Alam..... Sambil menadah tangan mengucapkan syukur.....Sungguh..aku mencari, belajar dan sanggup bertapa 40 hari tanpa makan minum , hanya memakan sebiji bertih sehari bukan untuk mencari ilmu Bongkak, ilmu riak....tapi aku ingin melihat kebesaran Allah taala itu..aku ingin MELIHAT... 

Tengahari, aku di jemput makan bersama Sultan, anaknya sang puteri dan ketua dayang, makan di bawah, atas lantai, bukan atas meja macam orang kita makan... enak sungguh santapan tengahari, namun  aku jaga adab juga, tak boleh sembarangan....Aihh.... kenapa puteri asyik menjeling kepada aku... dah..dada berdebar saja , duduk tak kena, minum tak kena..last last aku basuh tangan , dan duduk... menuggu sultan dan lain lain selesai makan... tiada sepatah kata pun yang terbit semasa mereka makan...begitu beradab sekali.....

Sultan mengajakku ke sebuah taman, ada 1 buaian, kolam kecil dan tumbuh tumbuhan renek, cantik cantik...macam kat cameron pulak aku rasa... beliau bertanya " kamu boleh ke sini hari hari bukan?....dengan ilmu yang di ajarkan keturunan kita pada kamu ",,...haaaaaa.. terkebil kebil lagi...keturunan?... " bagai mengetahui kebilanku itu, beliau menjawab " Ya, keturunan dan leluhur kita sama, kamu bugis, saya bugis , guru goib yang memimpin kamu bugis dan guru nyata kamu juga bugis, itulah kuncinya kamu berada di sini 
".... Erm... entah lah, patik tidak diberitahu dari keturunan apakah kami tengku", beliau tersenyum... dan kemudian menunjukkan kepada aku satu pintu di taman " nah, pergilah ke situ, kamu akan terus berjumpa jalan pulang , nanti jangan lupa datang kembali, beta memerlukan kamu di sini , " aku dalam beradab, takut takut... angguk kepala " insyallah " dan berjalan menuju ke pintu yang dimaksudkan..... dah... aku dah di kawasan kaki bukit...dan berjalan menuju ke destinasiku dengan perasaan takjub sekali..aku bersyukur....

Paksu.... kita ni keturunan apa haa.... tanyaku kepada paksu yang memang suka korek rahsia sejarah keluarga, nak tanya kat ayah aku, takut kena soal macam macam pulak.... Paksu aku yang sedang memandu Gen2nya di Jalan serdang menuju ke Putrajaya berkata " uishhh  shyettt, kita ni keturunan Bugis, moyang kita dulu pangkat pangkat Teuku ( tengku ), bukan main main, tapi disebabkan, depa dulu mai sini susah dan miskin, depa buang gelaran tu, kau ingat dak dalam buku sejarah tingkatan berapa tah, yang mengatakan semasa portugis nak menyerang kedah, tak  boleh serang, sebab kubunya kuat..tapi last last... jatuh juga sebab ada 1 puak ni bagi jalan kat portugis , jalan rahsia ke istana kedah masa tu..sebab tu kedah jatuh.... depa buat perjanjian, kalau depa tolong, depa nak portugis bagi kedah kat depa dan depa naik jadi sultan kedah.... depa ni dulu kalau rompak tongkang, tak dan 5 minit..clear cek oii.... tapi tu lah bila dah serang, jadi kot lain pulak, kalau tak..la ni kita la sultan kedah hahaha..gelak sakan paksu aku, ...sebab tu keturunan kita kena halau dari kedah sampai ke narathiwat nu, tapi masa pecah kedah/perlis, keturunan kita banyak jadi pembesar dan panglima kepada anak angkat seorang raja masa tu yang memerintah Perlis sementara sebelum Raja sekarang  Sultan Jamalulail di angkat  naik oleh sultan kedah sebagai Raja Perlis.... tu sebab hang tengok, kubuq raja sementara ni ada kat kubuq kubuq keturunan kita, Makam dia saja yang ada kat situ, dan dari dulu sampai ke la ni, keturunan kita hak mana yang meninggal, akan di simpan di kawasan makam Raja tersebut, sebab jasa kita kat dia dululah dia nak semua leluhuq kita ada dengan dia, walau kubuq sekalipun.... tak percaya, kau p tengok kubuq tokwan hang,  tengahnya kawasan perkuburan kg sarang lebah itu ialah makam anak raja yang pernah sekejap memerintah Perlis.  Ya..memang aku tau... kasihan.. makam tu, kenapa kerajaan negeri tak ambil tahu langsung, pecah sana sini.. kenapa?....( ampun tuanku Sultan dan Raja kedah Perlis..ini semua cerita lama.. jangan dikenang lagi na ..tumpang lalu ,cerita keturunan ini diceritakan kepada kami mulut by mulut zaman berzaman, keturunan kami dah sampai merata negeri dan dunia dah )...

Selepas aku tahu serba sedikit tentang keturunan aku tu... aku selalu terawangan juga ( keluar ruh dr jasad @ perjalanan astral ), ke istana sultan tadi, mungkin sebab aku suka dengan suasana sana ..ke aku rindu dengan puteri kah kah kah.. tidak... tidak sesekali... aku tidak pernah merinduinya, perasaan itu ku buang jauh jauh kerana aku tahu apa saja yang ada di sanubari kita, mereka tahu... aku cuma mahu menjaga hubungan aku dan ayanhandanya saja..tidak lebih dari itu....

Tungggggg, Tungggg, Tungggg..... Tiada suara..macam biasalah..aku bukan sesiapa di sana.... seperti biasa, langkah ku susun, sembah ku junjung bukan beerti aku menyembah tapi aku hormat...itu sahaja... 

Sang sultan tiba tiba bediri.... menghunuskan keris panjangnya ( sundang ), kerisnya ialah emas, hulu, sarung dan matanya emas mampat...ya... kecut perut aku, namun ku gagahkan sila agar tidak goyang.... " pada hari gemilang ini, beta..sultan *$^# melantik kamu ....nama aku... sebagai Panglima barisan Hadapan dengan gelaran  Panglima $#@&".....tup.... hujung keris di letakkan di bahu kanan, kiri dan kananku dan kemudian diciumnya serta disimpankan di selit pinggang dalam sarung.... Terbeliak biji mataku.... hah..PANGLIMA... apa kehal nya dia lantik aku jadi panglima.... barisan hadapan pulak tu....mampos...... 

Ya... masih aku ingat, kelebihan ilmu terawangan ialah kita keluar roh sahaja ,bukan berjasad... kalau kena panah ka, tikam ka, mana jadi apa apa... dan roh adalah cahaya, cahaya yang amat berkuasa, yang hidup, di mana saja boleh menyelit..... aku masih ingat, ketika kami cuba menakhluk sebuah kerajaan, dengan lajunya aku menjerit kuat kepada 1 kalibat yang sedang bercucuk padi di bendang " MELUTUT KAU, MELUTUT !!!!!! ", namun seperti tidak diendahkan...... Zasssss.......!!!! pedang ku hayun, terpenggal kepala dari jasadnya, kejam dan sadis aku pada ketika itu, berlawanan dengan sikap aku di alam nyata.... di sana...aku kejam, aku tiada hati perut ( sehingga ke hari ini, aku masih sesal dengan kejadian tersebut ), masih aku ingat..pada tahun itu..terjadi perang besar sehinggakan alam nyata kita pun terkesan , awan awan di alam kita seperti bergegar, suasana yang panas tiba tiba bertukar menjadi hening dan kelam, namun bukan hujan... apa anda masih ingatkah..? ya..jika anda Alert dengan suasana sekitar.... Pada masa itu sebuah kerajaan lain ingin menyerang Ledang, sementara kerajaan Gunung tahan dan Gunung jerai pula ialah kuasa besar yang bertindak berkecuali, Kerajaan kami mulai campur tangan dengan cuba berunding agar Ledang tidak di serang.... Yang memerintah kerajaan tersebut ialah manusia macam aku juga, manusia yang punya ilmu terawangan juga, namanya Syed#@*& dan adiknya Sharifah Ayu. Beliau bersetuju tidak menyerang..... namun akhirnya aku mendapat perintah agar menyerang Ledang... nah.. apa pula... tadi suruh melindung..tapi lepas tu suruh serang pula... tanpa banyak soal... ledang kami perangi, kami siat bagai arnab, panglima dan hulubalangnya semua boleh bertukar menjadi harimau, kami siat dan lapah dengan kejam.....selesai..kemudian , aku mendapat perintah agar membantu Puteri Mas Nyawa, yakni Puteri Gunung Ledang  menaikkan semula kerajaannya dengan beberapa syarat.... Tu sebab dulu, G.Ledang kalau buat pelik pelik ja kat sana boleh kena sawan la, rasuk la, gila la..... sekarang?.... nak bogel ka, nak beromen ka...semua boleh dah kat atas nu haa..... bagai di kata lah......

Selang beberapa Tahun, Sang sultan pula sudah Tua.... Di titahkan aku masuk mengadap melalui perutusan baginda, aku yang kat rumah sedang main ps2, tak pasal pasal kena masuk bilik berbaring kejap..... zuup... dalam 3 saat sahaja , aku dah berada di kawasan istana, aku masuk masjid istana dulu, nama masjid itu ialah masjid tiang 1000, tiangnya banyak sungguh, kita solat, kiri kanan kita ada tiang.... dan selanjutnya macam tu juga... tiap orang dipisahkan oleh tiang... Ya ..aku suka solat kat dalam masjid tu..sunyi..dan dingin sekali...

Selesai solat sunat, aku memasuki istana dan mengadap.... " Dato panglima, selama ini beta amat kagum dengan kamu, berbudi pekerti, setia, tegas dan paling penting kamu beta lihat pandai mengatur, bagaimana jika kamu cuba mengaturkan negara, beta rasa... mungkin kamu mampu" hah..... biaq betoi ni.... aku khayal ka apa...tak..aku rasa pipi aku merah menyala.... muka aku penuh darah, kalu hiris sikit, pasti darah bersembur macam air paip..sure punya lah.... " ba...ba...bagaimana tengku patik yang begini boleh memerintah negara, patik hanya mampu memerintah tentera sahaja bukan negara, lagi pula.. bagaimana boleh caranya patik memerintah ", hahaha...nak tolak, tapi mau...gila kuasa juga aku ya..... Sang sultan tersenyum seraya berkata " mahukah kamu mengahwini Puteri Beta Puteri Purnama Bulan...?"    Haaa..terpacul perkataan tu di bibir aku, lantas aku mengadap sembah..ampun tengku...tidak selayaknya patik pacal hina ini memperisterikan anakanda tengku...." ..... tangan sembah aku di dahi terasa di pegang , Sang sultan memegang tangah sembahan ku keduanya dan berkata " kamu bukan hina, kamu bukan pacal, kamu manusia umat muhammad, manusia nyata yang Allah swt keruniakan akal dan fikiran, Kamu adalah Khalifah pemimpin kami, bukan kami yang memimpin kamu, jaga akidah kamu semasa berbicara dengan beta "..... nah..terasa kata kata itu menampar kuat , deras ... amat mendalam sekali kata kata itu... seorang sultan Alam bunian Yang mempunyai 72 tanah Jajahan menegur dengan menyedarkan aku siapa kah khalifah Allah itu.... lantas aku memberanikan diri ku untuk bertanya 1 soalan yang memang dah lama ingin ku tanya..........

" Tengku..... jika tidak keberatan menjawab soalan patik.... bangsa tengku sebenarnya manusia atau Jin?" , terlihat kelopak mata berwajah jambang itu merah namun sayu.... beliau menceritakan semuanya dari asal Zaman nabi Muhammad sehingga era Sekarang serta sebab musabab mengapa mereka di hilangkan dari pandangan mata manusia nyata lainnya..dan bagaimana pula boleh ada pecahan bangsa bangsa seperti Banjar, Bugis, Jawa, Arab dan sebagainya... kesimpulannya..mereka ialah manusia ..sama seperti kita, cuma mereka ghoib di dalam 1 dimensi di antara alam manusia dan alam jin....  bila mereka ghoib dari asal kejadian mereka manusia nyata, status mereka sebagai khalifah telah tercabut namun mereka tetap diberikan beberapa kelebihan di antara waktu dan ruang...kehebatan Allah dan KeadilanNYA ke atas semua makhluk... mereka ada di alam kita, tinggal bersama kita... namun peredaran masa mereka cukup perlahan.... Sebaliknya di alam kita, pergerakan mereka amat laju sehingga tidak terlihat mata kasar.... anda nampak batu yang di baling?.... dan anda nampakkah sebutir peluru yang baru dibedil keluar melayang?.... ya..itulah perbezaannya mereka dengan kita......

Selesai sudah majlis 40 hari 40 malam..... " Anakanda, perintahkanlah negara ini dengan adil dan saksama, jadilah suami yang baik, soleh , jadilah Sultan yang baik kepada rakyat, rajin mendengar dan melihat kesusahan rakyat, ayahanda dan 3 guru akan berangkat ke Mekah serta tinggal di sana menghabiskan sisa hidup yang masih berbaki di dalam ibadah , Ingat pesan ayahanda ", " Ya insyallah "...... selesainya berbicara, pintu kubah istana terbuka perlahan lahan, terlihat 3 guru dan ayanhanda mertua melayang naik ke atas dan zuuuppp. hilang dari pandangan.......

Dari sana lah, bermulanya Tok Mat mengendalikan urusan urusan mistik , tarik batu , tarik duit, tapi banyak rahsianya yang perlu Tok jaga.... bukan boleh main tarik depan mata orang..itu sulap..mainan Jin,..Tok tak suka mainan Jin... 

Perjanjian kami.... " kanda diberikan peluang beristeri di alam kanda seorang sahaja, namun jika ada terlintas di hati ingin menambah isteri , insyallah... yang pertama di alam sana tidak akan kekal.... namun kanda akan dipertemukan dengan seorang Puteri yang sesat di alam sana kerana keinginan manusia...tandanya...puteri itu tidak boleh memakan rebung, tidak boleh memakan satay bercucuk buluh, jika tidak.. insyallah dia akan mati muntah darah....."..... perjanjian ini bertahun tok bawa... sehinggalah... ya sekarang... isteri tok memang tidak boleh makan rebung , tok pernah test... aku tarik daulat kau, kau tiada kuasa lagi menyumpah orang dan kata kata kau ibarat parang tumpul..benar... kurang 12 jam... seluruh tubuhnya menjadi kuning tidak bermaya, terketar ketar macam kena letrik 2000wat... tok tarik balik kata kata tu..kang jadi apa apa naya saja...


Sehingga ke hari ini... Rahsia ini tetap tok simpan... memang la kat sini tok cerita... tapi bukan kesemuanya...kalau cerita..blogger terpaksa buka platform baru kot.... Ni cerita dongeng Tok la...jangan percaya tau... buat buat hiburan sudah lah.... namun.. Ya... Kalau bab mistik bunian suruh junjung Quran pun Tok sanggup.... inilah yang Tok hadapi..bukan khayalan, bukan imaginasi... Namun dalam mencari ilmu, nauzubillah hi minzalik.... dugaan toksah ceritalah......Sekarang Tok lihat banyak orang boleh terawangan juga, boleh ke alam bunian juga..tapi sahih ke tu alam bunian.. ke alam jin yang menyerupa bunian...haa..sendiri mau pikir lah.... kawin dengan Jin tapi bulat bulat percaya kawin dengan bunian.... tak caya..semasa bulan ngambang penuh.... panggil la isteri kome tu datang..sure kalau jin nampak ekornya...mereka tidak boleh menyembunyikan ekor mereka semasa bulan mengambang penuh, ingatlah, syaitan juga berekor... nah..adakah jin sama dengan syaitan... manakala syaitan pula bukan nama bangsa, tapi nama kepada makhluk yang bekerja dengan Iblis.... kadang2 manusia pun sama... pesal la perangai kau macan setan...haaa... org tak cakap perangai mcm jin... tp org sebut setan, kerana perkataan syaitan itu merujuk kepada makhluk yang jahat, dan makhluk itu ialah satu perkataan yang umum.


Anggap sahaja semua cerita di atas ialah dongengan semata mata dan sekadar hiburan.... saja membebal pepagi ni

-------------------------------------------------------


Tasik Linggui..... 5 Bulan yang lepas......................

Raja emir berkata " Tengku%$^* .... nanti 13 ramadhan... pergi ke gunung ledang ya, jika tiada apa apa, 12 syawal nanti pergilah lagi ke Ledang... "  ini apa yang disampaikan sebelum  kita semua tahu KIAMAT KECIL bakal berlaku 15 ramadhan, insyallah.... sahabat sahabat semua... segeralah bawak anak isteri ke tanah tinggi...tinggalkan dahulu apa yang boleh ditinggalkan....Malas nak ulas banyak banyak.

Nabi Muhammad berpesan, Bila ketika terjadinya Kiamat kecil ini, maka tutuplah semua lubang rumah kamu dan berdoalah : " " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus " ( Ayat ni amik dari sebuah blog, tapi tok sendiri pun lupa apa ayat sebenarnya dan tak pasti pula...lupa dah )

Apa pun tak salah dan rugi anda membawa anak bini anda ke tempat tinggi minggu depan hari khamis kan?( paling lewat ).... anggap saja beriadah..insyallah.... kita tak tau..tapi kita diberikan petanda petanda dan akal untuk berfikir akan petanda petanda tersebut.


Monday, July 23, 2012

MINYAK AGUNG TOK

MINYAK MULTIFUNGSI BERTAP EMAS RAMUAN TOK

Disapkan Setanggi bagi aktif

Bertap emas

Siap proses

Akar Sengalak

2 ml

Dalam Proses


Memasukkan minyak ke dalam bekas

Lihat Di sini :

http://geligabunian.blogspot.com/2012/07/minyak-bertap-emas.html


Sunday, July 22, 2012

KEBATINAN BISMILLAH

ILMU TIDAK BOLEH TENGGELAM 

Ini kalau rasa rasa tak mau tenggelam dalam air, walau duduk dalam kapal besar, dan kapal itu hendak karam , insyallah tidak akan jadi karam selagi kita ( pembawa HAQ bismillah ) ada di dalam kapal besar itu.

Cara cara :

Ambil wudhuk

Solat Taubat dan hajat 4 rakaat

Sebaiknya puasa sunat dahulu selama 3 hari dimulai hari selasa, rabu dan khamis, malam khamisnya jangan tidur sehingga ke subuh jumaat, semasa berjaga ini amalkan zikir zikir dan solat sunat lainnya.

Bacakan :



4444 Kali


MESTILAH DALAM KEADAAN :


- Berwuduk
- Tidak berganjak Punggung
- Tiada orang panggil
- Tidak gementar
- Tidak boleh sangap / menguap
- Tidak boleh berkhayal


ROHANIAH 1000 DINAR

MEMOTONG PUTING BELIUNG DARAT DAN LAUT





Cara caranya :

Baca Bismillah hir rohman nir rohim

" Waman Yat taqillah --------> la yas tasib . "
Tarik  napas dan potong pangkal beliung atas sekali sambil lepas nafas, gaya memotong tangan dan jari diluruskan

" Waman ya tawakkal allallah--------------> fa hu wa has buh."
 Tarik nafas dan potong Pangkal tengah beliung sambil lepas nafas

" Innallah ha bali ghu -----------> qadro "
Tarik Nafas dan Potong pangkal hampir bawah beliuang 

Insyallah amat berkesan




MEMBINASAKAN MUSUH

MEMBINASAKAN MUSUH MENGGUNAKAN 
SURAH YASSIN

Cara ini Tok ajarkan, izinkan penggunaan dan mengijazahkan kepada sesiapa sahaja yang berugama islam bagi bertujuan:

MEMBINASAKAN MUSUH 
MEMISAHKAN PASANGAN MAKSIAT
MENGAJAR DAN MEMBERI PENGAJARAN KEPADA ANAK DURHAKA
MENGAJAR DAN MEMBERI PENGAJARAN KEPADA ORANG YANG KHIANAT

Jika anda niat Gila, maka gilalah, jika anda berniat Apa pun, maka insyallah Allah akan mengabulkan.

Namun Tok pesan Jika Masih boleh ditegur, tegurlah, jika masih boleh diperbaiki, perbaiki lah, jika masih boleh menggunakan jalan baik, gunakanlah. 

Cara ini amat ampuh, Tok pelajarinya dulu di Sarawak dari seorang Pak Kiyai Indonesia..Insyallah.. 

Tertibnya :

Ambil Wudhuk

Solat taubat dan solat hajat 4 rakaat

Bacakan Surah Yassin, Sampai di ayat Ke : 58

tinggalkan.. ( selangkan ayat ini )

Sehingga Ayat ke : 66 dan 67

" Walau nasya ou.........niat........."

Sama juga dengan Ayat 67

" Walau nasya ou....niat ..."

Bacakan yassin dengan cara cara ini sebanyak 3x, lagi bagus setiap  solat 5 waktu dengan 1x bacaannya selama seminggu, insyallah makbol


Tuesday, July 10, 2012

JUMPO SATU KEPALO

Ahaks...

Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak 1 kepala yang boleh buat geng pertapaan 1 malam..

Tok selalu dok kat tasik waktu petang sahaja, kawasan tasek tak pa lah sebab tok selalu dah main main kat sana, kadang kadang teringin hati nak try duduk khalwat kat kawasan hutan yang ada air mengalir dan berbukit bukau waktu malam, nak buat sorang sorang kang jadi lain pulak.. hilang tok...naya la isteri tok nanti kan.

Sementelah itu jugak... anak murid tok sekarang dah bz bz semua, mana yang belajar lagi, mana yang dah kerja, nak ajak p khalwat ( tapa ) kat mana mana pun dah susah... 

Dalam dok berniaga permata , akhirnya ditemukan tok dengan seorang hamba Allah ni.. Alhamdulillah dia pun berminat nak Mendalami ilmu Tapaan..haha... alhamdulillah

Orangnya sederhana, berkulit putih, macam cina... dah pakat pakat tadi ingat nak ke Gunung Berlumut hari sabtu ini , bermalam di sana.. 

Kita lihat apa nak dapat malam tu... alohai...sistem BID HARI MINGGU?.... takpo..tok akan prepare sebelum tok berangkat ke Gunung... Sementara korang semua berperang Bid..Tok dan Sahabat baru ini pulak berperang emosi dan perasaan di dalam Hutan Nu huhu.... 

Mohon di berikan petunjuk oleh Allah swt kepada kami berdua pada malam minggu ini... dilindungi dari segala binatang buas..tok tak takut hantu..tapi takut harimau, ulaq , gajah... tu semua naya saja kalau depa mai serbu... kalau hantu takpa lagi.... paling pun pengsan, esok pagi selamat lagi hahaha....

Insyallah selamat

Sunday, July 8, 2012

PELBAGAI UBAT KUAT

PELBAGAI UBAT KUAT KELAMIN

" Suami Perkasa Isteri Suka"




Meh Kita standardkan Harganya Ya...Jangan jual mahal mahal....

Kod Produk : Tanduk
Bentuk : Pil
HARGA : RM 18 ( 2 biji ) 

Sekotak : RM 180 Ada 20 Biji

Tuan Tuan Boleh menjualkan mengikut harga Metropolitan RM 20-80 sebiji 

Kos Pos RM 6.00

Ini Yang paling mahal dan Dasyat Kekuatannya

--------------------------------------------------




" Diminum Adam, Hawa Merasa "

Kod Produk : JANTAN
Bentuk : Pil
MAHAR : RM 17 ( 2 biji )

Sekotak : RM 170 ada 20 Biji

Tuan Tuan Boleh menjualkan mengikut harga Metropolitan RM 20-80 sebiji 

Kos Pos RM 6.00

Saturday, July 7, 2012

BERDUKA DI SARAWAK



Guru TERPELAJAR
Guru BARU BELAJAR
Guru KURANG AJAR 


Tok sayang orang Sarawak, Sahabat handai Tok Di sana, Namun..................Mereka sendiri yang memilih TUBA.... Tok tak tahu... apakah mereka pandai menghargai erti sebuah persahabatan.....

Susah juga sebab kekadang ada org pandai , batu batu dll dia simpan dlm rumah... p mana mana buat tarik, dia akan guna khadamnya tarik batu d rumah ni tadi ke tempat berkenaan, keluar ikut kepala lah, ikut lutut la, ikut belakang la, tapak tangan la..... 2 tok dah jumpa... sekali Ayah tok sendiri masa tok kecik dulu , tapi dia guna untuk hantar dan ambil jarak jauh guna sendiri dari Nasrul haq serta gerak kilat dan sorang lagi di Sarawak... Tok Bukan nak test, memang tok nak minta dia keluarkan keris kat belakang badan tok, dia cakap tak boleh... dia boleh tarik ikut kepala sahaja...ok la.... dah orang nak tolong kan.. tak pa... tarik2 ..keluarnya Kristal Hitam, yang kecik kecik tu... terbelek belek la org sawak sana ( jemaah sana ) , ada yg cakap ni karbon dari meriam kecil hak milik depa dan macam macam lagi lah... tok nak senyum, tadi kita sakit, nak ketawa tergolek golek sampai terketaq ketaq badan, nanti kan apa depa cakap pulak... kena sawan ka apa... 


Jadi, dalam tok dok tengok... manusia zaman sekarang amat suka di kagumi, pengaruh besar.... Malas tok nak cakap apa..selang 2 -3 malam lepas tu ( seingat tok lah ), sebab dah tak tahan sangat... mentang2 lah kat sana benda benda macam ni tak berapa di kaji , so sewenang wenangnya buat macam tu lah inilah,,, sekali tebus batu RM ribu ribu.... Kerbau dan sapi keluar dari tanah , bukan taksub lagi... walhal kat tempat kita benda tu ada di jual di Hyper Market.... Takpa lah.... tok tegur depa tak mau amik pusing.... mai la sini.. kita belajar sama sama, cari guru agama dulu baru cari guru kebatinan.... kumpulan tu sajalah... yg lain tok tengok alhamdulillah.... Tok dok sana lama juga..macam macam kehandalan Kejinan mereka tunjukkan...gunting terbang, tarik pusaka jarak jauh, 1 bilik dengan setangginya, keris berpacak dah macam tok pekong dah tengok, dengan tajau berhantunya, aiii..macam macam lah... sebulan lebih rasanya kat sana, tok 2x saja tunjuk , muntahkan geliga embun beratus biji dan tarik batu serai di dinding kayu dalam 8 biji tak silap.... tu saja...... sebab dah banyak sangat sulap sulap diperlihatkan pada tok. geram jugak kan... tok pun pandai buat sulap jugak...hehehe.... 


Ada 1 guru tu, istihar ada barang kebal.... tok dulu kira salah seorang tester dato dato semenanjung jugak lah.... p lah test kat Kota Samarahan.... punya jauh naik kereta dengan sahabat, sahabat pulak jenis baru main, sampai saja ...ditunjukkan kacang tanduk ( nama panggilan tpt kita ) ... dia cakap..pelik nya ia ada tanduk.... Dan kebal umum... dia suruh kita datang test, dia pulak ajar tok mcm mana nak test barang dia,,,aikkk..sapa buyer sapa owner neh kan hahaha.... dia cakap, hiris rambut jangan tekan, layur saja.... haa..tengok tak putus.... Tok cakap dengan dia...kalau dato datang dia akan tekan,....ooo tak boleh tekan, katanya... khadam mana tahan... cait.... layur saja bang..mana putus kalau macam tu... geram punya pasai...tok amik pisau gilette dia..tok kunyah sambil tgk muka dia... terkebil kebil dia.... tok luah balik dah jadi habuk tok suruh dia pulak kunyah.... kata tok... kalau benar benar kebal.... hah... kunyah gilette ni... owhhh..katanya.. tak boleh..ni kebal kulit saja... ehh. pulak..tadi cakap kebal umum, boleh test kat rambut x putus... kalau umum, bukan takat rambut, kunyah gilette pun tak pa.... terus diam dia... tok ajak kawan tok balik .... hooooohh..memang terjal dan kurang ajar tok masa tu...hati panas.... 


esoknya dia kol kawan tok cakap tak puas hati sama tok lah... tok kol balik... tok cakap dengan dia.. lain kali kalo barangnya tidak kebal , jangan sesekali menyusahkan orang, saya sik datang dekat dekat...kitak org semenanjung sekarang sik semua sik ada ilmu pengetahuan begini, apa.. dengar ya mau santau saya.. silakan ya jika mampu ... ahahahaha.. lepas tok letak... baru terpikir... alamak..pesal mulut aku cabul sangat, kang di santau betul , naya je... hahaha... nasib baik lah dia pun pikir..mungkin benar juga kata kata tok tuh... huhu.selamat aku....terjal ...memang terjal.... 


Ada 1 kumpulan iban di sibu nak buat satay gagak, dah dilarang...ahhh..mau buat jugak ...mau susah...mau kaya...aukk..dah orang minta.. kita kasi lah... tok tanya dulu,..apa berani kamu dalam hutan sorang sorang....?.. pemuda iban bertatu harimau di lengannya menjawab, wahh.. hutan itu tempatnya kita main tok, tidur sana malam malam,,, apa mau di takutkan hahaha... dia ketawa...aukk..kata tok...masalahnya cara saya ini , kamu harus tinggal spender sahaja... semua barang kamu pake mesti dibuang.... duh... dah kelihat pucat di mukanya.... bila operasi berjalan, belum sampai hantunya,, dia dah lari... duh tok... saya minta maaf, tak tahan.... sudah dengar bunyi suara hantu perempuan kek kek kek kek dah lari saya.... adoi... dia tak tidor,, sekali dengan tok juga tak tidur... nu, nunggu mana tau dapat duitnya... yang dapat ..iyaaaaaaaaa....percuma jugak....


Mulut cabul tok bersuara lagi, saya BELUM jumpa lagi orang sarawak yang benar benar berani...Sabah sudah saya ketemui.... wahhhhhhhhhh.... kerana ayat tu saja.... dorang cakap apa tau...tunggu kamu .. ke sini aja santubong ( keranda cina ) menunggu kamu... waduh,,,, gerun aih tok mendengar... senyum saja tok... yah.. kalau sudah hebat sangat ... apa dalam belukar kecil bisa lari bagai anak kecil?....


Tapi memang tok akan turun jugak ke sarawak nanti ... nak selesaikan benda ni la..sebab tok jenis tak suka org yang berani cakap belakang, tok jenis memang akan cari orang tu sampai lubang cacing sekalipun... apa ingat negara ni dia punya Undang undang.... hehehhe.... itu lah ceritanya masa tok muda muda dulu kat sana... lama dah cerita tu... lama dalam minda tok lah sebab tak berapa nak diingatkan.... Ingatlah... orang  boleh tolong kita berjaya, tapi jangan sampai nak perah perah orang tu bergadai gadaian membantu kemudian kita pijak kepala orang yg membantu,... kalau dah dicuba, kita sendiri yang salah... akui sahaja kesalahan kita... tak rugi..ini tidak... nak salah kan tok... kalau tok tau...memang malam tu juga , tok seru jembalang hutan makan depa sekoq sekoq... bolehhhhhh nak buat...apa tak boleh... tok pun belajar sama negeri dgn depa jugak... bukan semenanjung mari .... tapi itu lah... Ilmu tu tetap hak Allah... kita ni bukan hebat sangat pun ,,, sampai nak guna ilmu Allah tipu orang sana sini, Jaja nama sana sini..... riak, nampak baik ..tapi dalam... Ya rabbi.... yang jadi mangsa... ialah yang kosong2...tau ikutt je... aiii... org tegur marah... taksub dengan guru,.. nak jadi apa dah... sebut ja nama Tuhan tapi taksub guru... nak jadi apa... ha..jawab2.... 


Tok memang tanya depa sebab tok tau salah seorang ahli jemaah depa ada membaca blog tok juga..... 


Macam macam tok kena fitnah, tok ni jenis suka bercerita, membebel..tapi tok cakap benda betui.... Last tok ke sana kali ke-4 tok dibiaya oleh pasangan suami isteri ke sana untuk tujuan membantu mereka mengusaha narik duit... tok mula mula berat juga hati nak ke sana sebab tok tau... dah 3x p sana,,, semua indah khabar dari rupa... tapi disebabkan depa bersungguh sungguh, tok ikutkan saja berharap memang ada barang bagus...isteri tok .tok belanja sendiri tiket flight... dalam penerbangan.... tok dah scan ... habihla... buang masa saja....


Sesampainya di sana, tok fikir balik, kasihan .depa ni meniaga dah nak jahanam... takpa.... tok cakap dengan dia..kalau ada org nak berubat minta RM 20.... tok Rm 10, dan Rm 10 lagi tok bagi dia. tok pun nak kena la kumpul duit tiket jugak untuk 2 orang kan... tok dapat dia pun dapat..... hampir sebulan kat sana.... Nak tidur hotel... membazir..gila dekat sebulan nak dok hotel... bukan tok nak ke sana...depa yang panggil.... adatlah..dah panggil guru..kena lah tanggung semua, kalau guru pakai duit sendiri.... kemudian fail....sapa yang rugi... guru usaha datang dari jauh meninggalkan keluarga, urusan harian , kerja harian untuk sesuap nasik.... SEMATA MATA untuk orang macam mereka.... 


Tok tinggal di rumah sorang jemaah depa budak kedah, dah sama negeri , pun sebelum ni dia cakap kalau datang tido umah dia saja... nak tak nak... terima saja... bukan tempat kita, sedara mara tak da... yang pasangan suami isteri tadi pula rumah naik air... nak bagi makan pun takda duit... anak ada, pekerja ada,,,.. 2-3 kali jugak belanja depa makan minum anak beranak..aihhh.. ni dah tak kena... kalau duit tok habis... sapa nak bagi tok duit flight balik nanti...jadi tak nak menyusahkan mana mana pihak..tok tinggal di rumah budak kedah tu.... beli barang dapur, ye la..tok bawa bini, boleh masakkan ..takkan lah nak harapkan dia beli dan bawak balik kita makan saja. Tu namanya adat Orang Utara berbudi dan berbahasa..kita p umah oghang, kalau barang takdo..kita la belikan.... sama sama menolong....


Bila time urusan serah barang...alamak.... Demi Allah..sesunggunya..bawak la mai semua barang tu jumpa guru guru di semenanjung ni, sure guru tu ketawa tergolek golek punya.... seolah olah mereka tak dapat nak membezakan mana barang yang betol2 ada keindahan atau cuman barangan biasa sahaja...... sungguh... kalau tok nak jaga hati depa, buat buat pastu tak jadi...yang d persalahkan ialah Tok....Tok cakap la benda betui...dah bagitau benda betui... tak boleh terima pulak.... bagai nak di kata apa lagi..... Ya Allah.... 


Bermatian matian tok cuba nak bantu pasangan suami isteri tu.... mati matian... mungkin dia tak nampak la mcam mana mati matian tok....


Akhirnya .... bagai di kata tadi lah.... everything is Fail,.....Tok balik dalam berduka... balik agak lama sikit, masuk dalam FB kata tok macam macam, menyusahkan pasangan tu lah ( walhal pendapatan tok berubat bahagi dua ), Menumpang rumah orang lah...Kalo dah kaya napa tak duduk hotel la... kalo dah kaya...ni tok jawab... takdenya tok nak kejar kejar lagi tarik duit... korang minta tolong pun tok malaih aih nak tolong..... sebab tau endingnya buruk...kata tok tak solat, padahal tok ada bilik...takkan nak solat tok nak report diri kot.... er,,, mat... tok nak solat na.... macam tu... hang sapa.?. Tuhan ka?..... dengan Allah pun kita tak payah habaq aih bila kita nak solat... time solat...solat lah... kalau dalam perjalanan ,,, jalan kat sana susah jumpa mesjid... takkan nak berhenti tepi rumah panjang dan solat... boleh tu memang boleh... tapi bersih ka tempat tu... ?.... 


Tok  Kesal.... Tok sedih sangat... alangkah bagus tok tak kesana masa tu..tak lah tok putus kawan dengan depa... kerana ego, sombong depa sendiri.... dengan ilmu dan barang yang depa ada... yakin boleh kaya dengan barang tu... tapi sayang.. depa takda jati dri.... nak bagi santubong ( keranda cina ) kat tok.... Allah huakbar... awat masa tok kat sana hangpa tak cakap awai awai.. mai nak tgk Bugis lagu mana..... aiii.. panas ni ..panas... dah tok balik  baru nak kata tu lah, ni lah.... awat dayus sangat?.... Tok p sana depa bagi santubong, depa mai sini tok bagi keranda melayu..haaa... hehehe...


Orang kita ( semenanjung ) yang tau sikit2 agama, try la p dok sana barang setahun dua.... tok jamin akan diangkat menjadi guru dan mempunyai murid taksub gila. pastu cuba balik mai sini. sure kena tangkap P.agama sekali dengan anda dan murid murid sekali... sana boleh la nak bermaharajalela... kat sini, jangan harap.... 


Cakap pandai...nak melaksanakan..........hangus... entah la.... Tok amat amat kesal....


TAMBAHAN


Ada 1 runner terengganu ni,  kawan Tok... Mudah sungguh terpedaya... katanya depa sana ada emas 18 tan belum di ambil dari 1 pulau... yah... Projek Emas 18 Tan tu pun dah Tok uruskan dulu..dengan seorang sahabat Askar di sana.... 


18 Tan wei.... Kalau 18Kg Pun dah pening tau mana nak simpan... pikir la logik... Betul ke tak betul...???.... Kasihan.... kan bagus duit belanja p sana Buat kerja sia sia tu Bagi anak bini makan ke, bawak anak bini melancong ke, Beli makanan kat anak anak , tengok depa makan hasil rezeki kita cari.... tersenyum, hiba melihat anak anak makan hasil titik peluh yang kita usahakan,,,,, Itulah kehidupan.... Nak cari Kekayaan.....Kalau Allah taala tu nak bagi, depan rumah sahaja jual Burger boleh dapat 1 malam Rm 300, Sebulan Berapa ?... RM 9000... Tidak mustahil, sebab tok dah jumpa dah orang jual burger ada rumah banglo dan kereta besar, sampai buat cawangan Burger merata rata..... Itulah NIKMAT KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA, bukan haru biru .... kalut kalut p sana sini cari rezeki nak kaya cepat.... Mengarut.... 


Tapi kalau depa nak main... main la benda tu sampai puas..sampai habis duit simpanan, bergadai gadaian sampai bercerai berai.... last last .......ZERO... baru nak menyesal.baru nak menongkat dagu..... dulu MENONGKAT LANGIT....nu dok berangan nak KAYA...... Sedarlah..... Kalau macam tu..apa gunanya kita dilahirkan di atas muka bumi Allah ini..... Ini Bukan syurga.....

Monday, July 2, 2012

SYILING YASIN 7 KHIDIR

SYILING YASSIN 7 KHIDIR ( WANTED )




Syiling ini sebenarnya banyak di cari ialah jenis TEMBAGA, jenis yang terpapar ialah jenis PERAK... 

Beberapa tahun lepas jenis ini pernah mendapat Permintaan oleh guru guru sebelah Pahang dan terengganu bagi memproses wang. 

keberadaannya wujud atau tidak, tidak lah Tok Tahu...

MAHAR : RM 206

Dimiliki oleh seorang sahabat yang dahulu runner kini Seorang pengamal perubatan Tradisional.

Barang ada dengan Tok, Kalau nak... Tok Boleh pos dari sini



KERIS BERDIRI

KERIS BERDIRI







Keris berdiri singa barong didatangkan sepasang... bersedia untuk dimaharkan, kerjasama tidak dibenarkan sama sekali.


MAHAR : RM 300,000

Kalau nak diskaun , sila ke blog Tok:

www.geligabunian.co.cc

Tak p tengok sana pun takpa.. =)

Jika Berminat.

Sila Hubungi :

Tok Mat : 017-8259540