SAHABAT

Thursday, September 20, 2012

SOALAN SOALAN

PERSOALAN TENTANG MINYAK PENGASEH OLEH SEORANG PELANGGAN 



Persoalan saya:
a)Minyak bertap emas

1) Dalam blog, tok ada dinyatakan untuk email kepada tok untuk “cara penjagaan dan cara  menghidupkannya”. Bagaimana ye tok caranya?

Jawapan : Cara Menghidupkan Minyak bertap ialah dengan Mengasapkannya dengan kemenyan selama 7 malam jumaat pada waktu maghrib, Cara penjagaannya ialah Di simpan di dalam kain kuning atau dalam plastersin agar ianya tidak terdedah dengan anasir jahat dan campur tangan Jin jin kafirun. Insyallah


2) Niat saya minyak ini untuk jodoh dan mudah untuk dapat kerja, kalau minyak ini dicalit kepada perempuan yang dihajati atau selipar/kasut peremuan yang dihajati apakah kesannya?

Jawapan : Minyak ini sebagai 1 bentuk ikhtiar sahaja, kuasanya tidak lah sehebat Minyak dagu dan cenuai, namun jika terpalit pada perempuan, insyallah ada rindu rinduan kepada diri tuan, semasa memalit perlu dia melihat wajah tuan, Jika tidak perasaannya tidak keruan, pada siapa dia merindu. Insyallah. Namun minyak ini sudah terisis pagaran Ayatul Kursy di mana Jika di salahguna maka ianya akan tawar sepenuhnya.
b)Minyak pugai Sarawak/pangeran

1) Minyak ini ada cara penjagaan khusus dan ada cara utuk menghidupkannya tak tok?
Kalau ada bagaimana caranya?

Jawapan : Minyak pugai Pangeran ini sudah hidup sepenuhnya, namun bukan bermakna ia hidup ia boleh tambah sendiri, ia perlu di beri makan kulit lokan dan jika boleh tuan perlu memasukkan minyak ini ke dalam botol lebih besar, dan memberinya Lokan, Balut dengan kain kuning , minyaknya selalu berubah warna kegelapan dan baunya menjadi bertambah harum, jangan gunakan lagi jika ingin menjadikannya sebagai ibu minyak, jaga sehingga ia boleh bertambah sendiri , semasa tu, bolehlah ambil sedikit untuk digunakan. Jika kulit Lokan habis, perlu di tambah sesegeranya, kulit ditumbuk boleh, tapi jangan halus sangat ya 

2) Apa kesannya kalau minyak ini dicalit kepada perempuan yang dihajati atau selipar/kasut peremuan yang dihajati? Adakah kesannya sama sepeti minyak dagu?

Jawapan : Minyak Pugai Pangeran ialah Minyak pengaseh dari istana Sultan Brunei, ia di wariskan oleh keturunan mereka melalui seoranhg penjaga bernama Pak Raden Sulaiman yang menetap di sarikei sarawak kini. Minyak ini kategori Kuat, namun jika di salah guna ia boleh memakan diri, jadi berhati hatilah. Kesannya memang seperti minyak dagu apabila naik harumnya dan berubah warnanya menjadi kehitaman. Insyallah


3) Sekiranya ada kesan seperti minyak dagu dan keadaan yang memaksa untuk putus  hubungan, apakah cara nak menawarkan kesannya?

Jawapan : Pesakit perlu di bawa ke Bintulu Untuk mengubatinya, mandi akar gamunggal tidak berkesan pada tahap seperti ini. Jika tidak di rawat, pesakit boleh bertindak sehingga membunuh diri dan terserap semangatnya ke dalam minyak ini, ini akan merubah sifat minyak dari puteh kepada sifat hitam, di peringkat ini lokan bukan lagi makanannya, namun darah jari kelingking kanan kamu sendiri perlu di masukkan ke dalamnya sebanyak 3 titik. Pada tahap ini minyak di larang bawa masuk rumah, jika di bawa masuk rumah, ia akan menganggu seluruh isi rumah...merbahaya... jadi sila awasi penggunaannya.....

Jaga Niat semasa ingin menggunakannya, dan gunakan apabila perlu sahaja. Tok berhak membatalkan minyak ini jarak jauh sekiranya didapati ia di salah guna.


PERSOALAN GELIGA OLEH SEORANG PELANGGAN

1. Cara pjgaan stiap geliga adakah sama? bagaimana cara nak mjaga geliga:    
  a)tebuan tanah
- Di simpan di dalam tanah busut anai anai, bila ingin menggunakan baru di ambil, di lapikkan kain kuning dan diletakkan dalam mangkuk kecil, dalam mangkuk diisikan tanah busut tu sikit, jika ada dua insyallah bieh beranak

  b)ular sawa
- Di simpan Di dalam beras, namun jika terjumpa tengkorak ular sawa, baik di simpan di dalamnya , jika ingin buat pendinding, yang jantan dimasukkan dan dibungkus kain kuning kemudian di tanam di hadapan rumah, insyallah sebagai pelindung rumah dengan izin Allah, semasa nak tanam, bacalah Doa Makbol " Ya Allah hayu Ya qoyum Ya Adzim Ya robbol Alamin 3x" dan niatkan

  c)semut hitam
- Jika Dapat Sila Simpan Di dalam bekas yang mempunyai tanah sarang semut tersebut, jika tiada, cukuplah di simpan dalam bekas kecil dengan beras

  d)dewi laut 
- Di simpan di dalam air laut beserta pasir laut, insyallah

6 comments:

  1. Bagaimana penjagaan untuk buntat lipan tok.. Dan bagaimana jika kita mahu tahu penjaganya masih berada bersama buntat itu lg atau tidak.. Mohon penjelasan tok.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan..menjaga buntat lipan ibarat menjaga 3 kandang lembu tuan..

      Cara penjagaan ada di Blog GB ya, taip dalam carian GB " tajuk, cara penjagaan geliga lipan ya tuan

      Delete
  2. salam tok...apa akan jadi kalau kita guna minyak pungai dan ayat pengasih sekaligus?

    ReplyDelete
  3. salamullah,tok...camner penjagaan minyak merak kayangan?

    ReplyDelete
  4. Tok ada jual ke geliga @ buntat ni, hajat nak simpan 1

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.