SAHABAT

Saturday, June 30, 2012

PUJANGGA SUFI

PUJANGGA SUFI 

Bukan Hak Aku , Hak Allah
Bukan Kata Aku, Kata Allah

Aku Dalam Aku , Dia Dalam Aku 
Dalam dia ada aku, dalam aku ada aku

Bersifat Tidak Wujud
Bersifat Bukan nyata Haq

Haq Dalam Kalamnya Nur Muhammad

Nur Muhammad Dalam Raganya Diri

Kenallah diri Mu kemudian Kenallah Aku, Apabila Sudah kenal akan aku maka binasalah kamu.

Apa itu alif?....tanpa alif tiada ba, ta ..fatehah dan segalanya... Belum mengenal Alif sudah mau mengaji fatehah... Macam mana huhu... 

Dari mengenal inilah insyallah perjalanan islam agama kita lebih teratur.. difahami dan dimengertikan...

---Pernah dengar kalimah pujangga sufi ini ?... ---

Nampak ringkas namun huraiannya masyallah... boleh buat buku teks sebuah bermukasurat lebih 10ribu helai. Jika belajar mengenal diri, perlu ada guru, guru nya mesti yang terpelajar, bukan kurang ajar... jangan mentafsir kalimat kalimat pujangga di atas mengikut nafsu, kelak binasa...lari akidah...

Ada lagi kalimat pujangga sufi yang lebih mendalam...nanti kita hurai sedikit demi sedikit dalam setiap bebelan tok... Kita berkongsi..mana tok salah boleh tegur... bagus tegur menegur...tapi jangan berbahas kerana berbahas itu haram dan boleh mengakibatkan perpecahan umat.


Pujangga di atas ialah apa yang selalu Tok dengar dari mulut para guru... Kalau nak kata Paham...tah...tok pun masih mengaji lagi.... Bub ni amat kompleks tau..bukan senang.... 


ILMU MENDIRIKAN KERIS

ILMU MENDIRIKAN KERIS

Ciplak From :  https://www.google.com.my/webhp?sourceid=chrome-instant&ie=UTF-8&ion=1#hl=en&output=search&sclient=psy-ab&q=KERIS%20BERDIRI&oq=&gs_l=&pbx=1&fp=673242acfd9407a3&ion=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_cp.r_qf.,cf.osb&biw=1366&bih=611



Fuh.. kalaulah ... lihat saudara sekalian... adakah ia keris baru atau lama... mari tok jawabkan...

Ianya keris baru tu.

Lama tok mencari ILMU MENDIRIKAN KERIS... malah Tok sanggup menukar atau melakukan apa sahaja bagi mendapatkan ilmu ini.... susah nak mendapat ilmu ini woo...

Dalam pencarian Tok... Tok berjumpa dengan seorang guru dari indonesia.... nak menuntut kena menghafal..tak boleh menulis atas kertas..4 jam jugak lah tok menghafal ayat nya beserta nahu Jowo ...

Bismillah Hir rohman Nir rohim

Iman sari arane sukmo,
Sina Pana Podo Sukmo,
Telek Rang Arane wesi
Terputeh Arane wojo
Wesi Pulo Sari
Aku Jallok Warroh marrang awakmu.


Di baca 3x dan ditiup pada keris... rupanya bukan ilmu mendirikan keris... tapi ilmu bercakap dengan Khodamnya sang keris... aduhai....

Tak kesampaian lagi Tok....

 

ILMU PERANG

BERJALAN DALAM PELURU


Ilmu ini Tok perolehi 5 tahun lepas dari seorang pejuang dari kemboja...amboi... banyak kawan tok dari kalangan pejuang aihh... tah tah Tok Ni JI kot...

Ehh...tak lah... Tok Jumpa mereka pun masa Dulu Tok suka jalan jalan habiskan duit kerja 2-3 tahun mencari kehidupan..mencari jalan hidup...itu saja,... dalam perjalanan Tok masa tu ..tok ke Burma.. dalam perjalanan Tok berjumpa dengan pejuang ini yang sedang menuju je Thailand.. Tak tahu lah apa dia nak buat ke Thailand kan... 

Dalam berbual bual ... dia tiba tiba bersalam dan memeluk Tok dengan erat..terpinga jugak dibuatnya.... semasa memeluk belah kanan beliau mengucapkan 2 Kalimah syahadah, dan di belah kiri beliau berselawat Nabi... kemudian berbalik ke telinga kanan dia membisikkan Rahsia pejuang pejuang kemboja 1 kalimah yang sehingga hari ini Tok masih ingat..( rupanya bas dia dah datang )

ILMU BERJALAN DALAM PELURU

Ambil Bedak dan bacakan:

Bismillah Hirrohmanirrohim

Bismillah menyala
Rohman mengunci
Rahim menyangga

Berkat Doa........

3x dan tiupkan di bedak... 

Pakaikan di muka..insyallah.... berapa juta peluru sekalipun... tidak akan mengena..walau yang tembak tu SHARP SHOOTER...

Setiap kali Tok teringatkan beliau.... Tok menitiskan air mata..sekarang pun..semasa menaip titipan ini...

Al-Fatihah kepadanya :

Dalam ingatan : ki..si pejuang Fisabilillah

ILMU TARIK

ILMU TARIK DUIT DAN TARIK BATU

CIPLAK CARA LANUN AT :  https://www.google.com.my/search?sugexp=chrome,mod=8&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=DUIT



Alhamdulillah.... kan bagus kalau duit atas tu ada dekat Tok sekarang... Boleh la Tok Beli AUDI sport 2 pintu idaman Tok huhu....

Syukur ke hadrat Allah swt... Tok dulu belajar tak pernah jumpa dengan Guru yang Lokek atau kedekut ILMUnya.... kerana semua ILMU itu ialah HAK Milik Allah.... Walau HAK MILIK Allah..ianya tetap terpelihara dengan caranya tersendiri dan boleh pula Hamba HambaNYA macam kita ini memiliki secebis ilmu HAK Allah..kerana dia yang MAHA Berkuasa, MAHA Kaya, Maha Agung Dan DIA Lah MAHA Mengasihani....

Apatah laghi kita ini yang cuma ...HAMBA sahaja... ada ka patut kita nak lokek ilmu....

Hang tak boleh.... hang tak boleh bawak ilmu ni..hang tak layak...... uish... tau pulak dia yang orang tu tak layak bawa Ilmu Allah sedangkan kita disuruh menyebarkan segala ilmu yang Lahirnya dari manusia namun Di beri kelulusan oleh DIA... tak lahir pun...dapat ilham melalui kajian Al-Quran .. dari situ Allah memberikan ilham kepada sang pengkaji untuk mengetahui akan rahasianya Ilmu atau kalimah Kalimah tersebut...

Kalau di sini ada yang bukan islam..boleh membaca.... baca sajalah tapi bukan dengan keizinan sanat keilmuan..

Apa sanat keilmuan:
Sanat ialah Hubungan / Tali Hubungan dari Yang dapat ilham sehingga kita sekarang... dari yang mula mula mendapat Ilmu ini kemudian diturun turunkan sehingga kepada kita sekarang melalui disiplin yang cukup tinggi dan keyakinan yang mendalam.

Tapi........kalau belajar sesuatu ilmu tidak mengikut akan sanat sanatnya... kompom tak dapat punya sebab tak ada KUNCI.... namun... kadang kadang ada yang mempunyai KUNCInya sendiri atau memang dia ada MASTER KEY bagi kesemua ilmu ilmu ini..siapakah dia..ya... YANG TERPILIH la jawabnya..wallahualam


Masa Tok belajar ilmu tarik batu permata dan TARIK DUIT...tarik duit?... ada 1 pesan guru...

Ilmu ini kalau boleh sebarkan kepada semua umat islam agar beroleh manfaat melaluinya....

Tok nak reveal tok pun fikir jugak banyak kali...nak reveal ke tak ..nak reveal ke tak?... kalau tak nak reveal ..apa alasan tok... kedekut ilmu?..(tidak ). takut kena tangkap?..( ni bukan ilmu hitam ), Takut disalah guna ?...( ni bukan ilmu boleh buat susah orang )....

Tok tak ada alasan yang kukuh untuk terus menjadikannya sebagai rahsia ..( pastinya untuk kepentingan peribadi )....

Pulak dah.... aku ni apehal..bebel je,.hehe kasik suspen....

Insyallah Dengan amanat Guru Tok... Bermulanya dengan Bismillah..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengaseh Lagi Maha Penyayang.

TARIK BATU

- Carikan tempat yang tenang... sebenarnya ..cari tempat yang anda yakin ada orang bunian...

- Tetapkan hati bahawa anda melakukan zikir / ilmu ini bukan kerana ganjaran /  berkawan dengan bunian / malah untuk berdamping dengan mereka.... namun tetapkan hati bahawa apa yang ingin anda lakukan ialah " KERANA ALLAH SWT " ( ingat jika niat terpesong , bak kata pak kiyai indon..percuma sahaja )

- Puasa mutih dari daging, ayam, telor ( berdarah ), makannya cuma Nasi puteh sekepal dan air tawar segelas ( buka / tutup ) @ Puasa nasi..cuma makan buah buahan dan sayuran selama 21 hari ( permulaan )

- Setelah tamat berpuasa hendaklah ke lokasi yang dikenal pasti... sediakan setanggi ( utk ketenangan sahaja, bukan menyeru setan ), sebab kalau tenang perasaan gementar akan berkurangan.

BACAAN

1. Ayatul kursi dan di pagar 4 penjuru mohon dilindungi dari gangguan syaitan dan jin

2. Al-fatehah 7x untuk diri sendiri

3. Al-fatehah Hadiah kepada ( Kanjeng Nabi Muhammad saw, Sahabat 4, Malaikat 4, S.K.A.Jailani , Para leluhur kewalian 9, Para leluhur Guru, Kaum kerabat, Diri sendiri......

4. AYAT KUNCI ( Tanya tok dulu )

5. Niat

6. Mulakan zikir:

" Ya Allah, Ya Qayu Ya Qayum , Ya Adzhim, Ya rabbol A'lamin "

Dalam perguruan kami memanggilnya sebagai Doa Makbol

7. Zikir sehingga 3000x

Dilakukan selama 3 malam ( 9.00 - 11.00pm ) di tempat tersebut secara berseorangan.... Ingat.. Jangan mudah melatah sebab akan ada banyak hantu setan akan datang kerana wiridan anda ini, namun tidak boleh dekat kerana pagaran tadi.

Selepas sempurna 3 Malam berturut turut... malam terakhir anda akan diberikan 1 kunci berupa barang aneh seperti Batu permata sebiji @ daun emas @ Rambut @ keris @ barang antik...mengikut tahap wirid anda dan mengikut kelulusan jenis apakah yang diberikan.

Selepas tamat 3 malam berkenaan , anda boleh ke tempat itu pada bila bila masa ( hari ) sahaja yang anda suka dari jam 4.30pm - isya' ) maghrib di sana. Kunci boleh di bawa atau tidak di bawa..sama sahaja.. cuma ..kunci tidak boleh dijual.

Dalam melakukan Hal ini...anda dilarang:

- terpesona dengan keseksian dan keayuan Makhluk halus

- Melarikan diri

- Merepek di tempat pertapaan

- Makan benda bergaram, bercili dan minum minuman perasa / pewarna

- Jangan tunjuk anda takut jika ada hantu datang ..walau sebenar jantung dah macam nak pecah .... usir dengan cara lembut, jika sukar..boleh di herdik... boleh juga menggunakan 1 jenis ilmu penggerun melalui pernafasan ( kena belajar dulu ).... hantu tengok muka kita pun dia lari sebab bila buat ilmu tu...muka kita mengalahkan bapak hantu.... hehe..berguna menggentarkan lawan..

- Buang Najis... kawasan pertapaan perlu bersih sekitar 300meter. 

PETANDA PETANDA REZEKI

- Hujan Renyai - Dapat sikit
- Hujan Lebat  - Dapat banyak la dr sikit tu
- Ribut    - Banyak sungguh sungguh sampai bertong tong.....

AMARAN 

- Jika masa melakukan wiridan, tiada petanda petanda di atas...kemudian habis wiridan baru datang ribut... jangan tunggu..cepat cepat pulang... merbahaya... 

ILMU TARIK DUIT.........

- Sama dengan Tarik batu, cuma tertibnya ada lain sikit..lebih santai dan rileks....

Tapi.....

lain hari lah 

Tok Ajarkan ya..... Pelan pelan.... Ni bukan Ilmu HAK sesiapa...Tapi HAK Allah....

kalau nak amalkan..silakan... Tok akur dengan amanat guru,sekarang canggih boleh ajarkan dalam Internet.... namun bukan semua ilmu boleh diajarkan jarak jauh... ada banyak ilmu kena ikut syarat syarat disiplinnya......

Paling penting.......... Jangan percaya melebih lebih selain Mempercayai Allah swt....

Yang Bukan ISLAM pada masa sekarang, kalau mahu ... Islam la dulu.... baru boleh....

BATU BESI HITAM

BATU BESI HITAM






Assalamualaikum wbt saudara saudari sekalian... 

Tok persembahkan... Batu besi hitam... sejenis atau pun boleh dipanggil antara barang berkaromah yang digunakan oleh pejuang POLO di selatan Thailand untuk memperjuangkan Hak Kemerdekaan bagi 3 negeri islam di sana yang sampai hari ini masih bergolak walaupun sudah 3 Universiti Khas bagi anak anak Islam di sana belajar ... memudahkan perkembangan pendidikan dari kalangan cendekiawan islam di sana.

Bukan niat tok untuk Memaharkan ini dan kemudian nak mengobar ngobarkan semangat juang islam itu di tanah air kita... Bersyukurlah kita dalam keadaan aman dan tenteram dalam konsep 1 MALAYSIA. Alhamdulillah dan tahniah Tok Ucapkan kepada PM kita Pak Najib... Walaupun mungkin ada serba sedikit kekurangan...adatlah..nama pun manusia... 

Insyallah , batu besi ini berfungsi untuk mempertahankan diri dari peluru, pedang, tombak, keris atau senjata tajam lainnya. Jika diizinkan Allah swt ..maka tiada apa pun yang mustahil di dalam kekuasaanNYA. 

Kalau anda semua nak ke sana ( selatan Thai ) semata mata ingin memilikinya... faham sudahlah.... antara 2 sahaja:

Tidak akan dijual
Jika dijual sekitar RM 3000 ( itupun jika pemilik asalnya memang terdesak nak pakai duit )

Salah seorang Pakcik Isteri tok , dia macam Polis khas kot, rambut panjang..rock rock..tapi Polis.. sanggup ke sana semata mata ingin memiliki batu besi hitam ini... Semasa majlis kenduri nikah salah seorang saudara...beliau menunjukkan kepada tok batu besi tersebut .... faham lah kan bagaimana bila seseorang ke sempadan Kelantan semata mata nak mencari batu besi ini, bila pulang ke Johor saja...?????..perasaannya mestilah macam org baru dapat barang impian hehe... tok ada simpan beberapa ketol...Tok cakap tok ada batu hitam ini...dia macam tak percaya... tak percaya sudah lah... 

Ops...lupa nak pesan... untuk kaki kaki tarik duit dan kaki jual barang pusaka melayu dengan nilai juta juta  kepada orang luar..maaf ya..anda tidak di alu alukan memilikinya.. sebab ianya sudah dikunci... bukan bila anda cuba buat tak jadi.. tapi .... hehe...adalah..cuba dulu baru tau...dah tau jangan cari Tok lah..semua dengan kekuasaan Allah swt belaka... jangan sampai tersimpang

Semua ini hanya 1 bentuk ikhtiar..tidak lebih dari itu....

SELAMAT DATANG !!!

MUKADIMAH TOK MAT LIVE


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat datang ke satu lagi blog Tok Mat.... antaranyalah...


Dalam blog ini boleh lah Tok berceloteh dan membebel seperti hobi biasa tok. Nak berleter di blog geliga bunian kan dah tak profesional pulak orang cakap. 


Di blog ini Tok akan cuba reveal item item rare dan paling penting tempatnya  item item ini bukanlah di blog geliga bunian disebabkan nilai dan maharnya yang kalau anda semua fikir tidak logik dek akal. So... kalau anda dah masuk blog tok mat live ini.. Faham sudah... ada beberapa item yang memang tak logik dengan nilai maharnya, rasanya mungkin boleh buat satu wisma bangunan atau shopping complex kan... buat sewa boleh dapat duit tiap bulan goyang kaki sementara hanya maintain selenggara bangunan sahaja.


Ada juga antaranya Tok masukkan gambar Tok di mana mana.... tasek ke, bandar ke, kampung ke, kat shopping complex ke atau mana mana saja yang tok rasa ada mood nak snap gambar... lebih kurang macam diari jugak lah kot... rasanya...


Jadi buat permulaan... item dan gambar pertama ialah Batu besi Hitam.... sejenis yang sukar dijumpai juga.... mungkin..