SAHABAT

Wednesday, August 15, 2012

JELAJAH ALAM BUNIAN

DI ANTARA FANTASI DAN REALITI


Menjelajah Alam bunian a.k.a alam lain bukanlah sesukar yang disangka semua

Sebenarnya ia cumalah gabungan : 

Keyakinan + Fokus + Berusaha + Bersikap terbuka dan menerima

Banyak entri entri dan guru guru di luar sana mengajarkan ilmu ilmu berkaitan menjelajah alam lain

Antaranya :

- Meraga sukma
- Terawangan
- Getar Zikir
- Teknik Minda bawah sedar
- Dan lain lain lagi

Malah ada yang menggunakan khidmat Bomoh dan dukun.

Tahukah anda ....bahawa teknik yang sebenarnya cuma :

Menggunakan Teknik minda bawah sedar dan gelombang Otak ?

Ya..... Selain itu juga ialah doa...keratan keratan Ayat suci yang diberikan oleh guru kepada anda sebenarnya ialah 1 doa, bukan penentu jadi atau tidak keilmuan anda untuk menjelajah alam lain.

Kuncinya di sini ialah:

Tenangkan minda dari sebarang masalah

Fokus dan yakin

Berada di dalam kedudukan selesa

Membaca Doa keselamatan Seperti Ayatul Kursi

Membaca zikir tertentu bagi pengisian kerana zikir mempunyai tenaga dan frekuensi menguatkan bathin 

Kemudian Anda perlu menggunakan teknik teknik , salah satunya :

ILMU PERNAFASAN MAUT

Teknik ini hanya menggunakan nafas , menggunakan tenaga diri yang ada di dalam tubuh tiap dari kita

Tenaga ----> Roh----> Tiada roh maka kita tiada

Nafas----> Penyebab kepada kehidupan

Bermulanya nafas maka bermulanya kehidupan

Terhentinya nafas maka Bermulalah alam kematian

--------------------------------------

Apakah rahsianya?

Sebenarnya jika anda tolak / tidak membuat tertib:

Membaca doa keselamatan
Pengisian

BOLEH 

Juga anda melakukan Perjalanan Astral @ Meraga sukma , Namun tenaga yang ada belum tentu cukup ( tenaga roh ) untuk melakukan perjalanan astral ini.

Maka 

Ia hanya akan menjadi khayalan sahaja

MAKA

Zikir pengisian itu penting kerana ia adalah makanan Sukma

Manakala Raga makanannya nasi, KFC, Pizza Hut dll

NAH !!!!

Sekarang anda tahu kuncinya????

Malam ini, boleh la buat ilmu ini..... ingat

Fokus---tenang----yakin itu penting

Tahap Ilmu Meraga sukma

1. Kita dapat melihat orang namun mereka tidak dapat melihat kita

2. Kita dapat melihat orang dan orang dapat melihat kita namun tidak dapat bersentuhan

3. Kita dapat melihat, merasa, menyentuh orang dan benda dan mereka juga dapat menyentuh kita

Semua ini bergantung kepada keserasian dan kekerapan kita melakukannya...

FASA 1

Cuba keluar dari jasad menggunakan Teknik PERNAFASAN MAUT, kemudian berjalan ke rumah kawan kawan, sebenarnya tak perlu berjalan kerana Pergerakan Roh Umpama kelajuan Cahaya

Ketuk pintu rumahnya dan bagi salam sehingga ia terjaga ( bayangkan ia terjaga dan bangun membuka pintu ).... ketuk kepalanya atau tampar pipinya dan terus laju pulang ke jasad

Esok...tanyakan..adakah sahabat anda bermimpikan anda, ulangi sehingga dia mimpikan anda... jika ianya terjadi , maka insyallah bermaksud..gelombang otak anda sudah terbuka seluasnya untuk menjelajah alam semesta

Untuk permulaan, jauhkan kawasan langit dan lautan 

Langit diduduki para malaikat

lautan diduduki Para Jin Kafir Jahat dan ganas

Semasa melakukan perjalanan Astral, Jasad memang sedar ( terasa sedar sehingga 15 minit lamanya, jasad umpama ibu sawat ) selepas tempoh ini selalunya fokus dan rasa serta perasaan kita yang terbahagi 2 itu ( jasad dan roh yang berjalan ) akan menjadi 1 , yakni di roh yang sedang mengembara sahaja.... Mengembaralah anda sepuasnya

Jika ingin ke alam lain, niat sahaja...zuuuup.......anda akan akan sampai ke tempat yang di tuju.... 
______________________________________
Ingat....

ILMU HAK ALLAH

BUKAN HAK GURU

Zaman sekarang timbul banyak guru mengajarkan itu ini..semata mata kerana apa.... Ya.... wang dan pengaruh.... suka dikelilingi anak murid ramai, walhal sebenarnya dia kesepian dan keseorangan, kerana itu... ilmu digunakan untuk " memancing " kawan dan menjadi kenalan rapat...itu sahaja...

Guru tidak layak menyatakan bahawa itu dan ini ialah ilmunya, sedangkan ILMU HAK ALLAh, dia hanya memegang Amanah Allah yakni perlu mewariskannya kepada yang Hak... Bukan kepada sewenangnya....

Guru hanya berfungsi sebagai pengajar dan penyebar, bukan memindahkan HAK.... kerana tiada sesiapa yang berhak MEMINDAHKAN HAK

(Sebagai contoh: Ambil ilmu sekian sekian, Saya bagi HAK sepenuhnya ) 

*ada pulak macam tu, hang sapa? =(

Jika ada yang berupaya memindahkan HAK, maka bermaksud ia berupaya memindahkan kematian, menangguhkan kematian seseorang... 

Yang boleh membuat semua ini hanya 

Dajjal Al-Maseh

Nauzubillah

Jika Boleh memindahkan HAK

Maka Guru mampu Berkata " Aku pindahkan seluruh udara menyelimuti engkau"( maka matilah kita ) bermaksud ia mampu mematikan.... sedangkan yang HANYA mampu mematikan hanya Allah swt sahaja...tiada makhluk lain yang berHAK Ke atas Yang HAK , kerana dia HAKIKI, pemilik Mutlak Bagi Yang HAK.

ILmu yang diberi, Ilmu yang dipelajari bukanlah secara kebetulan kita berjumpa guru dan mempelajarinya, namun ia juga adalah UJIAN kepada hambaNYA.... 

Ujian dunia bukan merangkap kemiskinan dan kekayaan, namun merangkap akan segala galanya dari A-Z selagi kita hidup di atas muka bumi ini.... yang tidak kekal selamanya

Kurniaan ilmu juga Adalah UJIAN

Allah ingin melihat samada kita 

Tunduk 

Atau kita DONGAK

Dengan ilmu yang diberikan

Allah ingin Melihat

Adakah Ilmu yang diberikan 

Kepada Kita

Ilmu yang berguna dan baik diwariskan....

Namun... sia sia... terkubur bersama jasad di dalam kubur dunia, tenggelam bersama sifat bongkak dan iri hati


KAU TAK LAYAK

KAU TAK MAMPU BAWA

KAU ...KAU DAN KAU......

Wahhhhh..... Hamba yang menghukum selayaknya yang menyatakan begitu hanya dia yang TUNGGAL dan yang 1

Boleh melihat ke masa akan datang, apa berkuasakah dengan ilmu scan scan apa semua tu?.... tidak terfikirkah bahawa kemudian hari..DIA YANG ESA boleh mengubahnya

Sesal Kemudian tidak berguna

Anak bangsa lemah dan layu

Di Pijak

Di Henjak

Di Jelek jelekkan

Siapakah yang merana?

Siapakah yang Bersalah ?

Allah tidak bersalah, Nabi tidak bersalah

Para wali wali tidak juga bersalah

Wahhhh.... masa hidup

Di dampingi wali sana sini

Raden sana sini.....Bercerita bagai nak RAK seolah olah dialah manusia terpilih

Yang Gah

Yang Megah

Yang Gagah

Namun Tumbang juga di mamah usia, Berkulat juga di dalam tanah... Hebat?.... itu yang dikatakan hebat?.... 

Apa Lupa atas langit masih ada langit

Apa lupa kita hebat ada lagi yang lebih hebat?

Ya.... melayu mudah lupa

Akhirannya

Anak cucu cicit piut menjadi mangsa

Nakkan ilmu

Poket dan akaun habis kekeringan

Ilmu ke mana, duit ke mana 

Kerana permainan duniawi

Mengapa.... aku dengar atok aku...moyang aku dulu boleh jalan atas air, boleh hilang hilang, boleh kebal...jepun cari dalam rumah tak jumpa walhal ada dalam rumah tu tersengih melihat Askar Jepun terpinga pinga...

Menceritakan Kehebatan Sanat dan leluhur.... namun mengapa kita tidak hebat?

Ya..ilmu tidak boleh diwarisi Setelah kematian

Ia hanya Boleh diwarisi ketika kehidupan

Jadi.... yang mana hebat hebat dikurniakan Ilmu Allah itu

Jangan lah lokek ilmu.... ajar dan ajarkan selagi masih bernyawa..... selagi Diizinkan Allah...


Insyallah

Besar Rahmatnya

Bukan Kedekut Ilmu Atau Nak sorang saja hebat...ingat..ada lagi yang hebat dalam terhebat.....

Moga bermanfaat bagi semua...Amin

* terbebel pulak tok =)

10 comments:

  1. Melopong aku baca kuliah alam ghaib tok.. Terima kasih Tok Mat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja berkongsi..bukan apa apa tuan..insyallah... kalo tok ada yang silap..boleh dibetulkan...kita sama sama berkongsi..bukan kita tahu segala... mungkin kawan yang hampir lebih tahu dan arif...jadi perkongsian itu bagus..bini je x bnoleh kongsi tuan :)

      Delete
  2. Salam tok..betul apa yg semua tok katakan..ada guru dia x bagi kite lagi lebih dari diri die sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui..kalo ada 10, dia bagi 8 sahaja, kalau 9 orng buat gitu, yang kita dapat di akhir zaman cuma 1 sahaja...naya naya

      Delete
  3. Assalamualaikum Tok Mat.. saya nak belajar dengan tok boleh tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok bukan pandai, namun kalau nak belajar sikir2 tu boleh la, insyallah

      Delete
    2. tok macam mana saya nak jumpa tok? saya di jb.. tok kat mana ye, salam perkenalan tok saya fuad.

      Delete
    3. Salam Tok,mmg menarik ilmu...selain menjelajah ke alam sana,blh ke kita menjelah ke negara2 lain...

      Delete
  4. MAHA SUCI ALLAH.... Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi aku berpeluang untuk membaca nukilan hasil dari manusia yang faham dan tidak kedekut dengan Ilmu yang ALLAH berikan.. Memang senario sekarang, kebanyakkan guru-guru (tidak semuanya), mengajar murid-muridnya tidak secara total yakni 100% apa yang diketahuinya.. Untuk Tok Mat GB, saya doakan anda agar sentiasa di bawah RAHMAT ALLAH SWT supaya anda sentiasa senang untuk berkongsi apa yang diketahui.. Dikesempatan ini juga saya memohon dengan Tok Mat GB untuk berkongsi apa yang telah dicoretkan di atas untuk saya letakkan di page saya supaya cabang ilmu makin bertambah dan berkembang untuk pengetahuan dan penelitian kepada yang lain... Insyaallah.. Salam Ukhuwah fil Islam dari saya untuk Tok Mat GB.. Assalamualaikum..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.