SAHABAT

Wednesday, August 15, 2012

CARA MUDAH MEMASUKI ALAM BUNIAN

Kali ini tok akan ajarkan ilmu ....bukan ilmu, namun cara atau kita sebut petua mudah... untuk meneroka alam bunian a.k.a alam lain




Tok akan bagi beberapa tempat yang tok terbiasa pergi lah.......

a) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring

b) Gunung Ledang - Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring

c) Gunung berlumut -  di batu gigi boleh juga baring disebelahnya

d) Di Gunung Jerai - Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid

e) Di Puncak no2 Gunung Santubong - Baring beralas

f) Di Belakang rumah atau depan rumah yang ada air pancut- Baring beralas di tepi pancutan

CARA CARA DAN TERTIB

1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut

2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya

3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam)

4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang anda dengar cuma bunyi air sahaja...terus fokus dan rileks

5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, anda sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air 

6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga anda akan dapati bahawa anda sudah berada di satu tempat lain....di alam yang berbeza dengan alam kita.....jauh berbeza


Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali.... anda mampu berjalan jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang penggembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan anda juga singkat dan pendek... jika tenaga ini besar, insyallah anda mampu menerokai lebih jauh.....perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka anda akan kembali ke alam nyata dan sedar semula..... ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma anda sahaja....

Jika anda ingin menyerap lebih banyak tenaga Alam ini, anda perlu memakai Aked jenis Lutsinar Atau aked tembus cahaya. Kerana batu aked mempunyai keupayaan menyerap tenaga dan menukarkannya semula menjadi tenaga yang besar.

Baik dipakai sebagai loket dan cincin kanan kiri melengkapkan tenaga Pusat dan tenaga sayap kiri dan kanan.... 

Awas....ada risikonya jika anda terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama...maka tidak mustahil..apabila bangun anda mendapati diri anda totally 100% jasad juga berada di sana..bangun bangun, anda bukan berada di alam kita...... Haru jugak Kan..?

Jangan cemas...INGAT Pesan TOK Ni....... Jangan cemas.... berjalan lah mencari manusia ( Bangsa bunian ) di sana...

Ada 1 cerita orang yang sesat ke alam sana, beliau berjalan dan terjumpa warung, beliau bertanya pada seorang pakcik " Pakcik, saya sesat..bagai mana saya nak pulang ".... pakcik tersebut bertanya " kamu ni manusia ya, tak apa... kamu berjalan terus ke sana, sambil menuding jari..insyallah kamu akan pulang ke alam manusia ", orang ini mengikut apa yang disuruh, dan alhamdulillah tiba tiba beliau jatuh terduduk dan mendapati beliau sudah berada di alam kita, di mana pemandangannya berbeza sekali dengan pemandangan alam tadi...alhamdulillah....

Ada 1 cara yang lebih profesional lagi ialah dengan mencarikan penghulu kawasan tersebut, insyallah akan ditunjukkan, bila sampai ke rumahnya...jika dia ada anak dara... AWAS!!!, jangan pandang terlalu lama ( pandangan tergoda atau menggoda ), nanti dibuat menantu... haru juga tak boleh balik selamanya, jaga tertib dan kesopanan walau rock macam mana pun kita.... insyallah akan dilayan dengan baik, diberi minum kopi dan sajian .... rasa kopi dia pun dah cukup buat anda macam lupa dan tak mau pulang ke sini...hahaha...jaga jaga..... Nyatakan hasrat...anda..ambil peluang ini secukupnya dengan:

a) Menceritakan akan tujuan kita ( sudah tentu ingin melihat kebesaran Allah )

b) Menanyakan lebih lanjut tentang kehidupan mereka

c) Mengadakan negotiate dengan dia seperti meminta keizinan menjadi pengimport barangan dari alam sana dan lain lain ( sebab tu org yang pernah ke sana , balik je kesini dapat zahirkan macam macam barang pelik )

d) Atau boleh juga meminta di bawa jalan jalan pusing kampung / bandar

e) Atau di bawa berjumpa rajanya untuk eratkan silaturrahim ( namun sampai sini , agak complicated sikit lah jadinya nanti )..... buat dulu baru tau..tok tak tanggung ok

f) Jika dapat, mintakan berjumpa pahlawan dahulu kala atau puteri lagenda seperti P.Gunung ledang... dan jangan lupa meminta untuk berkawan dan jangan lupa juga untuk meminta sebentuk cincin bagi kegunaan kita di sini seperti membantu dalam urusan tarik menarik, urusan perubatan, urusan nak jalan jauh dalam sekelip mata..insyallah..namun jangan lupa... ini cuma kelebihan yang Allah berikan sahaja.... jika boleh elakkan dari BERSYARAT, boleh mengundang syirik, munafik dan kufur...hahaha, semua ada.... bahaya ...bahaya... akidah calar, rosak jiwa.

PASTIKAN semasa melakukan, jasad bersih, jiwa suci .......

PASTIKAN tempat yang nak buat tu takda orang ganggu dengan bunyi bising

Seeloknya....dilakukan pada awal pagi dalam jam 8-9 pagi, malamnya kena berjaga dan berzikir.... seeloknya begitu agar semasa penggembaraan, jasad kita tidak di ganggu makhluk halus seperti Jin, Iblis dan syaitan....

Insyallah..... sesiapa sahaja mampu lakukannya dengan petua ini...........


JAMINAN KE ATAS DIRI TOK

* Tok tidak boleh dipersalahkan di atas kehilangan / ghoib anda dari alam kita, dan tok tidak boleh dipersalahkan atas apa juga perkara buruk yang terjadi ke atas diri anda semasa melakukan petua ini. ( keluarga tuan/puan/cik tak boleh nak mai umah tok sergah sergah haaa..... , sendiri buat , sendiri tanggung, sendiri makan , sendiri simpan )

* Tok tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa apa keatas Jasad semasa anda melakukan ritual ini ( jasad kena baham rimau ke, kena telan anakonda ke ), pastikan masa lakukan ada kawan bersama yang menjaga...ya of course lah boleh ada kawan temankan jasad kita, gilir gilir merasa buat


47 comments:

  1. Salam Tok Mat. Adalah alasan nk p templer park. Biasa p sana amik gmbr je. Kali ni bleh try amik gmbr perkampungan bunian plak. Baguih idea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.... dekat gerai gerai depan selalu kena ganggu tambahan bila depa bising buat gelek dangdut malam malam buta.... kat bawah tu ada sepohon buluh...itu salah 1 pintunya tuan

      Delete
    2. Eloknya ajak depa p dangdut kat perkampungan bunian.

      Delete
    3. Tu lah pasai..... la ni tak tau la ada ke tak lagi depa buat dangdut

      Delete
  2. salam tokmat,bagi lah sekali doa atau zikir supaya mudah masuk ke alam sana..petua kita combine kan dgn doa/zikir tu kan menjadi lebih power lagi..tokmat share lah sama...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zikirnya Allah banyak kali @ Hu Allah banyak kali.... tapi lebih mudah guna Allah....

      Zikirkan kalimah ini sebanyaknya, kemudian tiup keluar sambil membayangkan kalimah alif lam lam ha ini keluar berterbangan dari mulut.... banyak kalimah yang keluar sebab banyak kali kita sebut / zikir tadi... cuba lihat dulu kalimah kalimah ini berterbangan di dalam bilik, kemudian sedut semula kalimah ini sambil membayangkan ianya masuk semula ke dalam mulut dan telan air liur seolah olah kita menelan kalimah ini, ini dinamakan proses pengisian sukma.

      Kemudian terus pejam mata...dan mulai melakukannya..... Mesti guna salah 1 teknik yang tuan pernah belajar.... kalau kumpulan tok matGB, kami menggunakan teknik pernafasan maut ...mudah dan berkesan.

      Bila bangun kepala ada pening lalat sikit... insyallah tu tanda kita berjaya lekukannya

      Delete
    2. Salam tokmat zikir nafas ni time buat ada rasa mcm kte serap benda ke..masa sya buat terasa angin sejuk msuk dlm badan n then kte tahan nafas pun lama dari yg biasa..lau pening lalat tu da tentu..rasa pemandangan kte pun da lain..

      Delete
  3. bahaya nya meraga sukmanie bila kita di ganggu jin atau iblis menyebabkan x jumpa jalan pulang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betui.....sebab tu kena buat pengisian dan baca ayat pelindung secukupnya

      Delete
    2. kak sye nk masuk alam bunian ape pakaian nyer?

      Delete
  4. Tok, kalu org tu selalu jumpa bunian tpi hanya dlm dlm mimpi saja tok, tu kira mcm mana tok ?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Jangan memperkecilkan keesaan Allah swt dan mjadi pengikut Dajjal...memperkecilkan keupayaan Allah secara tak langsung mempersendakan DIA

      Delete
  6. Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi SAW menyebut bahawa terdapat makhluk halus yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dengan perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ‘Amir atau ‘Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia.

    ReplyDelete
  7. Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada individu yang bernama Khurafah.

    Saya menyebutkan kisah ini kerana saya melihat perkara yang berlaku ini mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya, mereka boleh melakukan sama seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

    Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, “Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.
    Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:
    Dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.
    Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.Ada yang mendakwa pernah melihat dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga boleh hidp berjiran termasuk meminjam barang-barang keperluan harian. Kesahihan cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT yang lebih Mengetahui.Pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.

    ReplyDelete
  8. Salam..sya teringin nak pergi ke templer park tapi orang tua x bnarkan..ada juga jumpa pengamal perubatan.dia suruh pergi sana..nanti akan tahu hal sebenar..tapi mak tetap bekeras x bagi pergi..skrang ni masih teringin lagi nak pergi...nak tahu gak pe yg tersembunyi di waktu dulu..tapi templer park memang ada perkambungan bunian...nenek saya pun ada cerita..aritu ada orang nak pergi sana tapi x boleh masuk.die cakap ada pengawal besar..panglima agknya..wallahuaalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Nanti kita boleh jv p sana. Tapi kena lengkapkan diri. Nanti sosek x dapek balik pulak.

      Delete
    2. X dapek balik..uihhh...bila nak p sana..nak join skali boleh ka...

      Delete
    3. Nanti kalau nak p gtau ea..hati ni mmg teringin sangat nak p tapi xde org nk p..

      Delete
    4. Tapi kalu org tua x bagi bahaya bro. Kata org kalu kita ingkar dgn ibi bapa ilmu x jadi. Penyakit plak yg dapek nanti. Hu hu.

      Delete
    5. Haha..orang tua da restui..insyallah bulan 9 akan tercapai gak hajat...meh la dtang dkat lembah beringin..bnyak lagi barang2 yg tersembunyi dkat sni..perkampungan bunian pun ada gak..rmai da orang terserempak..hehe..

      Delete
    6. Lembah beringin... erm.memang banyak rahsia di kawasan ni... tok pernah tayar moto pancit masa muda dulu bawa ex5 dr kl-perlis,.... ada benda tok nampak, masa tu..muda lagi... kebetulan bawa samurai pendek... dok asik acah acah dengan samurai tu la hahaha..lawak betol masa tu

      Delete
    7. Uihh tok..jgn ckp bkn2..seram da ni tok..xjdi nk blik umah nanti..tido kat surau la nmpknya..hehe..selamat hari raya tok..

      Delete
  9. As salam, Tok Mat, Saya pernah memepelajari Ilmu pernafasan (zikir)seperti yang taun nyatakan, cuma zikir dengan nama allah,ketika masih dalam belajar, pelbagai perkara alam ghaib yg saya alami, saya akui ketika satu majlis pembelajaran, saya melihat satu taman di alam ghaib tapi saya tidak masuk, saya juga pernah bertemu secara zahir dengan makluk bunian. Malah kami saling berbual, pada masa itu saya tak sedar sahabat itu dari alam ghaib sebabnya saya fokus kepada ilmu yang sedang saya pelajari. 2 tahun lepas saya ada bertemu seseorang yang merawat sakit saya (akibat disihir) dan dipendekkan cerita mahkluk (bunian) dari alam ghaib membenarkan kami untuk mengambil harta dari alam mereka, bunian ini selalu melihat & membantu perawat sepanjang perubatan, tetapi hanya kami bertiga sahaja yang dibenarkan untuk mengambil barangan tersebut dengan syarat2 tertentu iaitu memberi kepada yg berhak. Yang menjaganya pula pengawal2 bertombak, seekor ular putih yg sangat besar. Walaupun kami berjaya mengambil harta tersebut, kami gagal menjelmakannya ke alam nyata. Disebabkan yang demikian, Raja Bunian menyarankan kami supaya berguru kepada yang ahli. Sekiranya Tok Mat sudi bolehkah Tok Mat ajarkan kepada saya supaya harta itu dapat dijelmakan kealam manusia. Seperti yang Tok Mat nyatakan didalam blog, jika kita fokus memang kita boleh masuk ke alam sana secara fizikal. Saya akui hakikat ini. Saya tak meneruskan amalan zikir secara bersungguh2 disebabkan saya tidak sempat berguru sampai habis sebab guru meninggal. Sebenarnya saya mndapat alamat sekiranya saya meneruskan amalan zikir berkenaan saya boleh berpindah ke alam ghaib. Jadi saya putuskan untuk tidak melakukannya. Saya Pohon kepada Tok Mat untuk berkongsi / mengajar kepada saya amalan untuk menjelmakan harta dari alam ghaib. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,boleh tuan share zikirnya??

      Delete
  10. Assalam.. Tok mat mohon panduan utk dpt jodoh / poligami dgn gadis muslimah bunian .. Kalau ada sesiapa dpt membantu sila email:
    Md_jihad13@yahoo.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi gatal tahap gaban! Aku mintak kau kena penampar bagus punya dari org bunian! Nafs syaitan!! Kau ingat bunian bodoh nak ambik org tamak nafsu gelojoh mcm kau??

      Delete
  11. Assalamualaikum tok,saya insyaallah akan mengikuti kem di sg gabai 7-9 Jun ni..Saya baca blog life tok ni,mmg ada 2 ,3 peristiwa tu ada pernah saya rasai,seperti dalam mimpi,mimpi bertemu org alim di masjid dan beberapa lagi.Akhir sekali saya pernah dibawa oleh kawan abg ipar saya ke Klang Gate,berzikir di awah air terjun pkl 12 tgh mlm.Dan semasa tu saya rasa amat tenang dan mendengar mcm2 bunyi.Selepas itu saya rasa seperti ada yang disamping saya.Sehingga sekarang menjadi persoalan utama dalam hidup saya ini,apa sebenarnya dan saya memangnya hendak mengetahui dan mengungkap misteri hidup saya ini.Keluarga saya bnyk diduga bermacam2,kakak saya sakit sudah hampir 25 tahun.Apa yang saya rasa sekarang saya nak belajar dan mengungkap masalah keluarga saya ini.Kesian pada kakak saya dan keluarganya.Minta bantuan daripada tok mat semasa kem di sg gabai nanti..Insyaallah.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. boleh di buat sendiri sahaja, tidak ada manusia mampu hantar manusia lain, yg di dengar hanya cerita belaka

      Delete
  13. as salam tok mat, bole ke ajar sy serba sedikit tentang ilmu ni..kebetulan saya dudk di Kota Tinggi j..

    ReplyDelete
  14. kalau Tok ke Rawang, bolehlah informkan kepada saya. Saya sendiri pun pernah baring kat batu tu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah tok dah lepas 2 minggu leps, tak ke sana, sayang betul., setahun 2x sahaja

      Delete
    2. Baiklah kalau begitu, saya akan simpan no Tok. Manalah tahu kalau datang lagi ke sini =)

      Delete
  15. salam..tok mat ada pesbuk tak?..add sy..
    'Eivan xnvoc' sy ada bnda nk tnya skit,,

    ReplyDelete
  16. Salam tok mat.....sya ada nak tanya. Saya adda diberi cincin oleh seorang hj yg bleh berinteraksi dgn alam bunian sebelum tu dia tanya nama penuh saya katanya untuk daftar nama kat alam bunian dan cincin saya dapat adalah blue saphire.....malam pertama saya pakai dan bawa tdur saya bermimpi berada di kawasan kampung yg permai dan dibawa berjalan2 oleh dua gadis.....tapi tiba2 ada seorang tua dan mengatakan ambil ini....kemudian saya sapu muka dan ada cahaya biru yg menyelubungi wajah setiap kali saya sapu muka (seperti lepas salam masa solat....) kemudian saya terjaga dan saya mau bertanya jika tak keberatan ada apa2 maksud mimpi saya ka tok?

    ReplyDelete
  17. Kalau baring dengar bunyi air dr audio tak boleh ke? Bahaya juga perempuan nak baring2 tmpt awam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh tu, sebab air ni ada volt tenaganya sendiri juga yang boleh membantu... pakai audio tak dapat membantu kerana nia bukan volt hasil gelombang air ya

      Delete
  18. sy selalu masuk kesana. nak percaya atau x terpulanglah. keturunan sy ada kawen dgn bunian. so sy bpeluang msk kesana dan dah jumpa mcm2 bunian.. ada baik ada jahat.. selal pg ke pkampungan di pahang dan tepi rmh sy di sg buluh.. memang cantik dan damai disana.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum tok mat maksud tok mat kat gunung jerai kawasan mndatar dekat kubah masjid tu kt mna .. sye penah pegi sna tp sya pergi kat telaga tok syeikh ja .. dngn tmpat org brtapa kt tmpat reakreasi

    ReplyDelete
  20. bunian ada bandar n teknologi yg lebih canggih..ada keta terbang..percaya x

    ReplyDelete
  21. Tok Mat, kalau saya baring di batu itu sambil layan sebalut boleh ke?

    ReplyDelete
  22. Assalam Tok Mat,

    Saya nak mintak izin Tok kalau boleh bawa saya ziarah perkampungan/dunia bunian ni. Saya mintak tolong Tok temankan kami ke sana, sekejap pun jadilah utk saya saksikan kebesaran yg Esa yg dunia ghaib bunian itu wujud. Saya ikhlas apa pun bayaran yg Tok nak kenakan pd saya, insyaAllah saya bayar.
    Permintaan saya satu je, ajar dan temankan saya ke sana. Lebih2 lagi Tok kata di sana mmg tenang & damai. Saya suka.
    Tolong reply ye Tok, saya serius ni.
    .
    Wassalam...

    ReplyDelete
  23. tempat air pancut tue ada kaitn dengan tempat adanya bunian? kalu kita just dengar pancutan air , xbleh ker?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.